Keputusan kes rogol babit ADUN Tronoh 7 Dis ini

Sebaran :

Keputusan kes rogol babit ADUN Tronoh 7 Dis ini

IPOH: Keputusan sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong akan dilepaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia akan diketahui 7 Dis ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Wahab Mohamed menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada akhir kes pendakwaan.

“Saya perlu masa untuk semak dokumen, nota, bukti dan hujahan bertulis semua pihak dalam beberapa minggu sebelum membuat keputusan,” katanya.



Pasukan pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Perak Azlina Rasdi manakala pihak pembelaan terdiri daripada Rajpal Singh, Salim Bashir dan Phang Yong Nur Sarah.

Terdahulu, Rajpal berhujah bahawa terdapat banyak persoalan kepada mangsa yang tidak dapat dijawab secara terperinci termasuk tidak membangkitkan isu rogol itu kepada orang terdekat seperti ibu atau isteri tertuduh.

Rajpal turut membangkitkan mengenai kesan asid deoksiribonukleik (DNA) campuran tidak diketahui pada beberapa eksibit yang bukan daripada Yong selain terdapat catatan ‘tunggu dan lihat’ dalam diari milik mangsa pada 6 Julai 2019 iaitu sehari sebelum kejadian rogol didakwa berlaku.

Peguam itu berkata cerita bahawa wanita itu dirogol oleh majikannya boleh direka kerana berdasarkan keterangan agensi pekerjaan, dakwaan itu adalah normal sekiranya pembantu rumah ingin pulang ke negara asal serta tidak mahu bekerja sebagai pembantu rumah selain terdapat konspirasi politik.



Sementara itu, Azlina berhujah mangsa telah memberitahu bahawa dia tidak menceritakan kepada isteri tertuduh dan keluarga terdekat kerana telah diugut sebelum ini.

Azlina berkata mangsa juga telah menghubungi Kedutaan Besar Republik Indonesia sebanyak tiga kali pada 11 pagi keesokan harinya untuk melaporkan kejadian (dakwaan rogol) dan fakta tersebut disahkan melalui panggilan telefon.

Yong, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya di kediaman beliau di Meru Desa Park di sini antara 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen namun pada 15 Dis 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.



Yong didakwa di Mahkamah Sesyen pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak. FMT

Keputusan kes rogol babit ADUN Tronoh 7 Dis ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik


Sebaran :

Leave a Reply