Berputus Asa Dengan Rahmat Allah Adalah Dosa Besar

Sebaran :

Berputus Asa Dengan Rahmat Allah Adalah Dosa Besar

Kadang-kadang apabila mendung kita lupa bahawa matahari masih lagi bersinar di sebalik awan, menanti untuk memancarkan cahayanya ke seluruh alam. Setiap kali semangat Wael Abdelgawad hampir saja terbang kerana dilanda berbagai-bagai masalah kata-kata itu mengingatkannya.

Jika tidak cukup dengan itu Wael akan merenung sejenak mengingat kembali peristiwa yang pernah berlaku kira-kira 31 tahun lalu. Sahabatnya, Abdul Ghafoor yang juga pendakwah di Fresno, California Amerika Syarikat yang sedang berjuang melawan penyakit yang dihidapi.

Pesanan lelaki yang terbaring lemah di katil wad hospital sering menjadi sumbu membakar semangatnya. “Berputus asa dengan rahmat Allah adalah dosa besar. Jadi, janganlah berputus asa. Percayalah dengan Allah.”



eristiwa itulah yang telah mengubah caranya berfikir. Wael amat menyenangi sifat Abdul Ghafoor iaitu seorang sahabat yang terlalu baik, sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa saja yang memerlukan.

Sepanjang persahabatan terjalin, belum pernah dilihat sahabatnya itu jatuh sakit malah sentiasa aktif berdakwah selain menyara keluarga dengan menjual minyak wangi, mengusahakan ladangnya.

Suatu hari Abdul Ghafoor rebah tanpa ada simptom penyakit yang menyerangnya. Apabila dibawa ke hospital, doktor mengatakan dia menghidapi penyakit Valley Fever iaitu sejenis penyakit disebabkan fungus dari tanah yang masuk ke dalam paru-paru melalui udara.

Ia menyebabkan demam, sakit dada dan batuk. Nampak macam demam biasa tetapi ia boleh membawa maut. Tubuhnya yang tegap menjadi kurus kering, kulitnya yang hitam bertukar menjadi putih seperti kapur dan mengelupas. Keadaannya sungguh menyedihkan, terlantar di katil wad, tidak mampu bergerak, terlalu lemah dan salur air sentiasa terbenam di lengannya.



Wael menundukkan mukanya, tidak terdaya dia untuk memandang keadaan sahabatnya yang seratus peratus berubah. Sedang masing-masing terkedu, Abdul Ghafoor mengangkat tangannya dan memberi isyarat agar Wael dan teman-teman yang lain datang menghampirinya.

Dengan suara yang lemah Abdul Ghafoor berkata, “Berputus asa dari rahmat Allah adalah dosa besar. Makanya, jangan sesekali berputus asa. Percayalah kepada Allah.”

Abdul Ghafoor melemparkan senyuman yang manis seolah-olah memberitahu teman-temannya bahawa keadaan yang dialami tidaklah seteruk seperti disangka. Walaupun sedang bertarung dengan maut, dia tetap percaya bahawa Allah sentiasa ada bersamanya.

Sejak peristiwa itu Wael melihat dunia dari perspektif berbeza, setiap kali juga semangatnya runtuh kata-kata hikmat Abdul Ghafoor berbisik di telinganya, “Jangan putus asa. Percayalah pada Allah.”



Alhamdulillah, Abdul Ghafoor berjaya melepasi ujian yang perit di dalam hidupnya dan sihat seperti sedia kala kerana kebergantungannya yang tidak berbelah bagi kepada Allah. Selama setahun Abdul Ghafoor terlantar kerana valley Fever tapi tidak ada apa yang mampu membuatnya berputus asa dan dia terus kuat menempuh segala ujian. Bukan sekali ujian yang datang menimpa tapi berkali-kali.

Setelah sembuh sepenuhnya Abdul Ghafoor meneruskan hayat dengan berdakwah dan membantu saudara baru Muslim memulakan hidup. Tanpa banyak prasangka dia sanggup menawarkan tempat tinggal, makanan, pekerjaan dan membimbing manusia gelandangan malah kepada bekas banduan juga.

Pernah suatu hari seorang remaja yang baru memeluk Islam meminta kot kulit yang dipakai. “Cantik kot.” Remaja itu memuji dengan maksud. Lalu Abdul Ghafoor menjawab, “Alhamdulillah.”

Setelah membelek kot yang dipakai Abdul Ghafoor, remaja itu bersuara, “saya nak boleh tak?” tanpa sepatah kata Abdul Ghafoor terus menanggalkan kotnya lalu menyerahkan kepada remaja itu. Dia tidak pernah menyesal apa yang berlaku dan tidak pula meletakan urusan dunia sebagai keutamaannya.

Dia sentiasa faham bahawa apa yang ada padanya hanya pinjaman dari Allah jika sampai masanya Allah mengambinya semula hakNya. Dugaan paling besar datang juga, kali ini bukan barang miliknya yang diambil tetapi anak perempuan kesayangannya diambil semula Penciptanya. Anak perempuannya, Tahirah terkorban ketika menyelamatkan adik-adiknya dari rumah yang sedang hangus terbakar.

Walaupun pemergian Tahirah menyebabkan air matanya gugur tapi Abdul Ghafoor percaya Allah punya rancangan yang lebih baik.

Abdul Ghafoor tahu bahawa kesakitan itu adalah rahmat Allah, sebagai orang beriman perkataan putus asa bukan sebahagian dari perbendaharaan kata hidupnya. Percaya kepada Allah dengan penuh yakin dan jangan bersangka buruk kepada Allah kecuali semua yang datang dari Allah adalah kasih sayang, cinta dan rahmatNya.

Hadis Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah S.W.T. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku.

Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta.

Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” Wallahu a’lam Utv

Berputus Asa Dengan Rahmat Allah Adalah Dosa Besar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik


Sebaran :

Leave a Reply