Anggota polis peras ugut minta wang ditahan

Anggota polis peras ugut minta wang ditahan

Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan selepas didakwa memeras wang daripada warga Palestin yang ditahan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) di Batu 7, Jalan Gombak Lama di sini, Sabtu lalu.

Penahanan itu dibuat selepas mangsa yang juga penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) membuat laporan pada jam 11.42 pagi semalam.



Menurut Ketua Polis Daerah Gombak Zainal Mohamed Mohamed, siasatan awal mendapati mangsa yang dalam perjalanan ke IPTA terbabit bersama bapanya ditahan di hadapan SK Gombak Utara.

Katanya, salah seorang daripada anggota polis yang menjalankan pemeriksaan lanjut mendapati bapanya tidak membawa pasport tetapi hanya menunjukkan gambar pasport menerusi telefon bimbit.

“Anggota tersebut dikatakan menerima sejumlah wang bagi melepaskan bapa mangsa daripada diambil tindakan atas kegagalan menunjukkan pasport yang sah.

“Siasatan telah dijalankan dan kita menahan seorang anggota polis berusia 22 tahun yang bertugas sebagai anggota tugas am di Balai Polis Gombak,” katanya dalam kenyataan, menurut Utusan Malaysia.



Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan melakukan pemerasan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Fildza Che Ibrahim di talian nombor 03–61262222 atau 016–9537372.

Sabtu lalu, Zainal Mohamed mengesahkan pihaknya merakam keterangan beberapa anggotanya selepas tular di media sosial dakwaan meminta wang daripada warga Palestin ketika ditahan dalam SJR di lokasi kejadian. FMT

Anggota polis peras ugut minta wang ditahan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker