TMJ payung McDonald’s tapi MB Kedah pilih cekodok

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini menyatakan hidangan cekodok pisang dan cekodok bilis tetap menjadi pilihannya berbanding hidangan makanan segera, McDonald’s.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah berkata demikian selepas menerima McDonald’s daripada pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurut Muhammad Sanusi, beliau lebih berselera dengan makan bahan tempatan yang segar berbanding burger dan ayam daging.

“Coqkodok pisang dan coqbilih kucai tetap menjadi pilihan walaupun ada setambun McD di depan.

“Selera bahan tempatan yang segar tak mungkin dapat direntap burger dan ayam daging hidangan mat saleh hidung merah berkasut besar,” tulis Muhammad Sanusi dalam Facebook miliknya hari ini.

Menteri Besar Kedah juga memuat naik gambar beliau menunjukkan cekodok yang dimakan walaupun terdapat hidangan McDonald’s di hadapannya.

Semalam, Tunku Ismail memberi buah tangan tersebut sebagai respons balas susulan kenyataan Muhammad Sanusi yang mengejek baginda berhubung soal diet.

No dietOne way to keep a Clown happy. McDonalds…Always work. (Tidak diet? Dalam perjalanan untuk Badut gembira. McDonalds sentiasa berfungsi,” tulis baginda menerusi Instastories.

Terdahulu, Muhammad Sanusi mengusik Tunku Ismail menerusi media sosial selepas JDT terikat seri tanpa jaringan ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 0-0 di Stadium Darul Aman, Kedah, Ahad lalu.

“Diet sakan pun tak leh menang jugak… tertomos (tertumus) pulak…adeh!!,” tulis Muhammad Sanusi.

TMJ beri McDonald’s tapi MB Kedah pilih cekodok


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sanusi terima hadiah dari TMJ

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker