SPR guna berus khas pakai buang calit jari pengundi bergejala

JASIN – Berus khas akan digunakan untuk mencalit dakwat pada jari pengundi bergejala sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) baharu semasa proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pada Selasa.

Pegawai Pengurus (RO) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan Luqmannulhakim Mohamad Idris berkata, penggunaan berus itu khusus buat pengundi yang dikesan mempunyai suhu melebihi 37.5 darjah Celsius dan bergejala batuk serta selesema.

”Seperti mana dalam SOP yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kita masih kekal dengan mencelup jari dalam dakwat khas sebagai tanda sudah mengundi dan setiap petugas SPR akan mengenakan sarung tangan dan pelitup muka.

”Namun sekiranya pengundi bergejala, individu tersebut akan dibawa ke khemah khas. Kita akan menggunakan berus pakai buang bagi mencalit dakwat di jari pengundi tersebut,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, kertas undi pula akan dimasukkan ke dalam plastik khas dan disanitasi sebelum dimasukkan ke dalam kotak undi.

Sementara petugas di khemah bergejala yang dikendalikan Kementerian Kesihatan (KKM) pula akan mengenakan pakaian perlindungan khas (PPE), katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihati pengundi agar memeriksa dan datang mengundi pada waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan di tempat mengundi.

“Ada empat slot waktu kehadiran dan pengundi boleh menyemaknya di aplikasi mySPR Semak atau Portal Semakan Daftar pemilih SPR. Waktu yang ditetapkan adalah 8 hingga 10 pagi, 10 pagi hingga 12 tengah hari, 12 tengah hari hingga 2 petang dan 2 hingga 4.30 petang,” katanya.

PN habis modal, kempen hanya mampu jual ‘Muka Muhyiddin’

Sementara itu proses persediaan di 31 pusat pengundian awal (PPA) didapati berjalan lancar dan telah mencapai 98 peratus.

Tinjauan ke beberapa Pusat Pengundian Awal (PPA) termasuk di Balai Polis Selandar juga mendapati saluran undian, kaunter semakan dan khemah khas telah dipasang di perkarangan balai tersebut dengan pemantauan oleh lapan petugas SPR.

Kerja-kerja sanitasi turut dilakukan di kawasan terlibat proses pengundian awal bagi memastikan persekitaran bebas dari Covid-19.

Simulasi juga dilakukan bagi memastikan perjalanan undi awal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan melibatkan 27 anggota polis berjalan lancar dan beberapa pelan kecemasan seperti hujan turut dirangka.

Proses pengundian awal melibatkan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia akan bermula pada 8 pagi hingga 5 petang dengan seramai 11,577 pengundi akan mengundi di 31 pusat mengundi awal di 24 DUN.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, jumlah pengundi awal itu terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis. – Bernama

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

SPR guna berus khas pakai buang calit jari pengundi bergejala


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nak bubar dun semudah tekan butang? Muhyiddin bukan Sultan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker