#PRNMELAKA2021: Kempen bersih PM di Melaka menyantuni rakyat

Sebaran :

Oleh Zamani

Kedatangan Perdana Menteri Malaysia ke 9, Dato’ Ismail Sabri Yaakob di Melaka menerima sambutan yang hangat daripada rakyat Melaka.

Keterujaan rakyat Melaka adalah kerana Ismail bukanlah asing bagi mereka namun kedatangan kali ini dengan memegang jawatan nombor satu negara.

Ismail semenangnya terkenal dengan sifat kemesraannya dengan siapa sahaja sejak dari awal penglibatan beliau dalam politik dan jawatan di beberapa kementerian.



Langkah tersusun dan tidak bersifat menikam belakang kawan serta tidak berkonfrantasi dengan pihak ‘musuh politik’ secara tidak matang menyebabkan beliau disegani rakan dan lawan.

Cara beliau santuni rakyat Melaka dalam suasana kempen pilihanraya dengan norma baharu menjadikan kempen beliau bersih dan tidak timbul isu atau polemik negatif.

Bagi Ismail, dekati pengundi dengan baik dan kita akan menerima impak yang baik juga dan akhirnya diterjemahkan dengan mereka akan memilih parti BN melalui undian.

Boleh dilihat, pelbagai kaum meraikan kehadiran Ismail di mana sahaja di Melaka. Penerimaan segala lapisan rakyat terhadap Ismail juga amat baik.



Kehadiran Perdana Menteri ke 9 ini juga tidak mencetuskan sebarang kontroversi malah Ismail membuktikan beliau mampu memberikan contoh pemimpin yang mampu segarkan demokrasi.

Bersahaja, lembut pertuturan, sentiasa ramah, itulah Ismail Sabri.


Sebaran :

Leave a Reply