PRN Melaka: Pengundi mengundi awal esok

PRN Melaka: Pengundi mengundi awal esok

Seramai 11,557 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab masing-masing di 31 pusat mengundi yang dibuka pada 8 pagi esok bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak berkata jumlah pengundi awal itu terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis.



“Sepanjang proses undi awal ini, pematuhan kepada Garis Panduan Pencegahan Covid-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara yang berkuat kuasa seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan.

Ikmalrudin berkata proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon bertanding dan SPR akan menyiarkan proses pengundian itu secara langsung menerusi Facebook SPR.

Beliau berkata kesemua peti undi pengundian awal akan disimpan di lokap-lokap balai polis dan kertas-kertas undi tersebut hanya akan dikira pada 20 Nov bermula 4 petang.

“Pengiraan kertas undi akan dijalankan di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR dan urusan pengiraan undi akan disaksikan oleh ejen-ejen calon masing-masing,” katanya.



SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov (esok) berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri. FMT

PRN Melaka: Pengundi mengundi awal esok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro



Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker