Jangan sampai kita hempas makanan – Rider
‘Jangan sampai kita hempas makanan’, dunia ‘rider’ kecoh dengan kerenah pelanggan, pengawal keselamatan
Satu rakaman video tular memaparkan penghantar makanan menghempas bungkusan sarapan pelanggan mencetuskan perbualan hangat mengenai dugaan saban hari dihadapi golongan berkenaan.
Tindakan ‘rider’ itu mencetuskan kebimbangan ia memberi imej buruk kepada profesion penghantar makanan, namun pada masa sama, ia turut mendedahkan tekanan dialami mereka dalam melayan kerenah pelanggan.
Malaysia dilaporkan mempunyai lebih 145,000 penghantar barangan dan makanan yang menggunakan motosikal, basikal atau berjalan dan juga rakan penghantar di seluruh negara.
Ramai antara mereka bekerja sepenuh masa, selepas hilang pekerjaan atau menampung sara hidup yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Dalam video berdurasi kira-kira dua minit itu, penghantar makanan berkenaan dikatakan berang apabila dilarang pengawal keselamatan memasuki kawasan perumahan untuk menghantar makanan ke unit kediaman pelanggan.
Pelanggan pula enggan keluar mengambil makanan itu di pondok pengawal.
Kecewa dan marah, penghantar makanan itu dirakam menghempas bungkusan makanan pelanggan itu sebelum beredar daripada situ.
Ahmad berpandangan nama baik ‘rider’ harus dijaga.
Penghantar makanan yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 40, ketika ditemui FMT, berpandangan tindakan menghempas makanan pelanggan tidak sepatutnya dilakukan.
Katanya, tindakan itu akan mencemarkan nama baik penghantar makanan yang lain, maka sebolehnya Ahmad berkata, setiap penghantar perlu bijak mengawal emosi.
“Tindakan ‘rider’ hempas makanan itu sebenarnya boleh mencemarkan nama baik penghantar makanan yang lainlah. Orang lain pun nak cari makan juga, sebab bila penghantar lain buat hal, semua kena pukul rata, kami semua nanti dipandang serong,” katanya.
Bagi penghantar makanan, Safii, 26 yang juga pernah berdepan situasi sama berkata, penghantar makanan perlu pandai menguruskan keadaan dan ambil tahu keadaan pelanggan mengapa mereka mahu bungkusan dihantar hingga ke depan pintu.
‘Rider’ perlu bijak tangani keadaan, kata Safii.
“Kita kena pandai urus keadaan macam cuba minta pengawal ikut (mengiring) kita, takut mana tahu pelanggan tak sihat, tak boleh nak turun ambil, jadi boleh atau tidak kita kena pandai kawal sentiasa berbincang cara baik,” ujarnya.
Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia mengambil pendirian bersimpati dengan tekanan dihadapi ‘rider’ berkenaan sehingga menghempas bungkusan makanan pelanggan, sekali gus menjejaskan pendapatannya sendiri.
Timbalan Presidennya, Abdul Hakim Abdul Rani, berkata pihaknya tidak menyalahkan penghantar makanan terbabit sepenuhnya, atas kegagalan memenuhi permintaan pelanggan berkenaan.
Ini kerana penghantar itu tidak ada pilihan kecuali mematuhi arahan pihak pengurusan keselamatan yang melarangnya memasuki kawasan perumahan.
Jelasnya, semua pelanggan sepatutnya memahami SOP yang dikuat kuasakan di kawasan kediaman mereka, manakala pihak pengurusan pula perlu memberi kerjasama dengan ‘rider’ terbabit dengan cara menghubungi unit rumah berkenaan.
“Kami juga tidak menyalahkan ‘rider’ tersebut mungkin kerana tidak mendapat kerjasama daripada pihak syarikat (keselamatan). Mungkin pada dasarnya, ‘rider’ terbabit boleh meletakkan pesanan di bilik pengawal,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, dalam situasi itu pihak syarikat seharusnya memainkan peranan, sebagai contoh, mengeluarkan notis di aplikasi yang meminta pelanggan turun mengambil pesanan jika penghantar tidak dibenarkan menghantar pesanan ke pintu unit berkenaan. FMT
Jangan sampai kita hempas makanan – Rider
Baca Artikel Menarik :
- Polis Tahan Wanita Terlibat Kegiatan Pecah Rumah Dan Kenderaan
- Mesir batalkan tayangan Eternals ekoran babak homoseksual
- Bapa Leka Nak Menari Buat Anak Tidak Gemar Hingga Heret Turun Pentas [VIDEO]
- Rumah Terbakar, Mayat Ibu Dan Anak-Anak Ditemui Berpelukan Terhidu Asap Kebakaran
- Awas! Banyak Kes Mati Mengejut Tak Kira Usia…Kaum Lelaki Perlu Lebih Peka Hal Kesihatan Jantung!
- Kulim Jadi Lokasi Pertama Pasang Porsche Cayenne Luar Eropah, Harga Bermula RM550,000
- Tukang khianat baling batu dari atas jejambat tol akhirnya ditangkap!
- Dahsyat! “Ramai Tanya Kain Tak Terselak Ke? Wanita Berbaju Kurung Buat ‘Backflip’ [VIDEO]
- PRN Melaka: Rakyat Anggap PH ‘Zero’ Tidak Prihatin Rakyat
- 4 abang rogol adik ditahan polis
Layari Laman Facebook MYKMU
Sharifah Sakinah kena kecam belanja foto berendam dalam tab mandi