#PRNMelaka : Demi Covid-19, Muhyiddin cerdik dan baik untuk selamatkan Johor?

Oleh Wahida

Memberi alasan kepada Astro Awani untuk selamatkan Johor agar tidak senasib dengan Melaka, Muhyiddin tidak akan bersikap ‘bodoh dan jahat’ kerana negara berhadapan dengan Covid-19.

Mengharapkan rakyat tersentuh dengan alasan tersebut tetapi malang bagi Muhyiddin, rakyat Malaysia tidak akan sekali-kali lupa apa yang berlaku ketika 18 bulan menjadi Perdana Menteri Tebuk Atap.



Biar rakyat ingatkan rakyat walaupun Muhyiddin telah cuba melupakannya.

PRN Sabah tidak dapat dielakkan dan terpaksa diadakan adalah kerana kerakusan beliau mahukan Musa Aman merampas jawatan itu daripada Shafie Apdal. Caranya sama seperti apa yang berlaku di Melaka. Musa Aman umumkan kepada media, pasukannya mempunyai 31 ADUN dan dengan ‘simple majority’ ini, beliau perlu dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah menggantikan Shafie Apdal secepat mungkin.

Malangnya TYT Sabah memilih untuk membubarkan DUN dan PRN diadakan. Maka PRN Sabah diadakan pada 26 September 2020. Maka ketika Muhyiddin adalah Perdana Menterinya, arahan dikeluarkan bahawa kerajaan memutuskan individu-indivdu yang balik dari Sabah, tidak diwajibkan kuarantin. Maka bermulanya kes positif Covid-19 mencanak naik. Inikah cara Muhyiddin menghiraukan keselamatan dan nyawa rakyat?

Muhyiddin tidak mahu membalas dendam susulan MB Johor dan Perak letak jawatan? Kedua-dua MB dari PPBM ini telah hilang sokongan dari majoriti ADUN negeri masing-masing. Ia adalah keputusan kedua-dua Sultan Negeri untuk membentuk Menteri Besar yang baharu dan tidak mengadakan pilihanraya negeri memandangkan kesan yang berlaku selepas PRN Sabah kerana tindakan bodoh Muhyididdin.



Ketika itu, kerajaan Muhyiddin langsung tidak mempunyai sebarang perancangan mahu pun idea untuk menyekat peningkatan angka pesakit Covid 19 yang ternyata telah naik dengan mendadak. Namun tindakan seterus Muhyiddin, memperkenalkan PKP (MCO), PKPP (RMCO), PKPB (CMCO) dan PKPD (EMCOD) dan macam-macam lagi kepada rakyat menyebabkan rakyat terkurung hampir 2 tahun.

Dengan segala bentuk kawalan dan pelbagai alasan, Muhyiddin berhadapan dengan cabaran dari Ahli-Ahli Parlimen mengabsahkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri. Apabila keadaan politik negara menjadi semakin tidak stabil, pihak istana terpaksa campur tangan sehingga mengakibatkan perbalahan di antara pihak istana dan kerajaan Muhyiddin secara terbuka.

Pejabat Perdana Menteri sehingga terpaksa keluarkan kenyataan rasmi Muhyiddin mengalami cirit-birit setelah dititah pihak istana untuk menghadap Agong bagi membincangkan tarikh Parlimen dibuka.

Muhyiddin tidak bodoh tetapi ternyata politiknya sangat jahat dan terserlah, jika diamati setiap kejadian yang berlaku ketika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri. Rakyat tak pernah lupa, internet tidak boleh berbohong. Teramat malang bagi Muhyiddin, PRN Melaka pasti akan menghukum beliau dan Perikatan Nasional.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker