#PRNMelaka : N01 Kuala Linggi – Cikgu Rosli berkempen cara norma baru dan lama

Oleh Wahida

Selepas sesi bertemu dan memberi penerangan kepada jentera Barisan Nasional dan sayap-sayapnya termasuklah MCA, kini Rosli Abdullah atau mesra dikenali sebagai Cikgu Rosli memulakan langkah bertemu penduduk di N01 Kuala Linggi.

Oleh kerana kerajaan telah menetapkan calon-calon parti yang bertanding untuk PRN Melaka 2021 tidak dibenarkan membuat ceramah, mengadakan majlis-majlis politik dan mengunjungi pengundi, calon Barisan Nasional untuk N01 Kuala Linggi Rosli Abdullah yang dikenali penduduk tempatan Kuala Linggi sebagai Cikgu Rosli memulakan walkabout.

Di antara tempat yang diziarahi Cikgu Rosli adalah ke Pasar Kuala Sungai Baru, di Kampung Guan, Kampung Permatang Darat dan singgah sebentar di kawasan Paya Mengkuang di mana majoriti penduduknya adalah bangsa Cina.

Seperti biasa, Cikgu Rosli tidak sukar dikenali kerana beliau adalah anak kelahiran di Kuala Linggi, di sini dibesarkan dan berkhidmat juga di salah sebuah sekolah di Kuala Linggi.

Namun di dalam berkempen secara norma baharu ini juga, Cikgu Rosli juga telah mengambil pendekatan berkempen dengan menggunakan lori bergerak yang menyelusuri di kawasan-kawasan pekan agar beliau lebih dikenali samada di kawasan kampung dan pastinya di seluruh kawasan pekan dengan lebih mudah.

Walau apa pun kemesraan yang ditunjukkan pihak samada dari PH, Bebas mahupun PN, semua itu palsu belaka. Permatanya datang dari Barisan Nasional dan jangan sia-sia undi untuk Cikgu Rosli.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker