Samseng jalanan diburu polis

Samseng jalanan diburu polis

Orang ramai diminta tampil memberi maklumat kepada polis untuk membantu mengesan individu yang dirakam bertindak seperti samseng jalanan dalam kejadian di lampu isyarat Bandar Teknologi Kajang seperti yang tular baru-baru ini.

Dalam video berdurasi 59 saat itu, pemandu kereta terbabit dilihat menghalang seorang penunggang motosikal dan menendang beberapa kali motosikal mangsa serta mengugutnya.

Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian itu dirakam oleh pengguna jalan raya yang berada di lokasi kejadian.

Katanya, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis yang dibuat oleh mana-mana individu berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun satu laporan polis maklumat pertama (FIR) telah dibuat oleh pihak polis untuk satu siasatan dijalankan bagi mengesan si pelaku dan mangsa dalam kes berkenaan.

“Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu dengan menyalurkan maklumat agar si pelaku dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ke atas mangsa dan ugutan yang mendatangkan ketakutan atau kegusaran kepada mangsa.

“Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berdekatan atau hubungi 019-8660324,” katanya. FMT

Samseng jalanan diburu polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker