PM di Jakarta untuk lawatan rasmi pertama

PM di Jakarta untuk lawatan rasmi pertama

JAKARTA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Jakarta pada Selasa untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia atas undangan Presiden Joko Widodo.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di sini kira-kira jam 10.10 pagi, diiringi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Anwar Makarim dan Menteri Luar Negeri Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah yang tiba lebih awal.

Turut hadir, Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq dan Pengarah Kementerian Luar Indonesia untuk Protokol, Irvan Bukhari.

Perdana Menteri dan delegasi Malaysia akan menginap di sebuah hotel di Jakarta. Ini lawatan sulung Ismail Sabri ke negara jiran itu sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos 2021.

Antara atur cara lawatan beliau termasuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Joko Widodo dan komuniti perniagaan Indonesia, ketua-ketua pengarang media Indonesia dan diaspora Malaysia.

Perdana menteri juga dijangka menyaksikan pemeteraian beberapa memorandum persefahaman dan perjanjian di antara kedua-dua negara dan melawat kemudahan industri pertahanan di Bandung.

Lawatan itu dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan kedua-dua negara. BH

PM di Jakarta untuk lawatan rasmi pertama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker