Mereka tidak memahami tentang perpisahan kami – Puteri Sarah

Mereka tidak memahami tentang perpisahan kami – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, menjelaskan masih belum memaklumkan kepada dua anaknya, Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 3, berhubung bakal berpisah dengan bapa mereka, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah berkata, dia masih belum memutuskan menjelaskan perkara itu kerana Syaikhul dan Summayah masih kecil serta belum memahami situasi sebenar.

“Anak-anak masih kecil dan rasanya mereka belum memahami apa yang terjadi.

“Mereka baik-baik sahaja dan kini, dalam jagaan keluarga dan mentua,” katanya kepada pemberita sejurus selesai memfailkan perceraian terhadap Syamsul di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. BH

Mereka tidak memahami tentang perpisahan kami – Puteri Sarah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker