Calon muda, baru dalam PRN Melaka tanda UMNO banyak berubah – Muqharabbin

Calon muda, baru dalam PRN Melaka tanda UMNO banyak berubah – Muqharabbin

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka walaupun terpaksa bertanding sendirian tanpa Perikatan Nasional (PN).

Katanya, beliau nampak peluang kemenangan itu besar kerana BN akan menampilkan ramai calon anak muda dan calon-calon baru yang ada potensi untuk berkhidmat kepada rakyat yang menunjukkan perubahan besar dalam dasar dan sikap parti komponen.

“Dilihat dengan perkembangan dan perubahan lanskap politik baru BN yang bersikap terbuka dengan pandangan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO untuk mengetengahkan wajah-wajah baru dalam kepimpinan dan PRN Melaka ini, insha-Allah, BN mampu menyambung kesinambungan pembangunan dan ekonomi yang tergendala sebelum ini,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Beliau berkata, walaupun PRN Melaka ini berlaku oleh kerana konflik dalaman parti tetapi ia sangat berprinsip apabila secara automatik terus memecat dua Ahli Dewan Undangan (ADUN) dari UMNO tersebut.

“Saya juga ingin sama-sama berpesan kepada rakyat negeri Melaka, tentang apa yang telah berlaku sepanjang tempoh Pakatan Harapan (PH) memerintah negara dan negeri serta kemelut perbalahan dalaman Bersatu yang sehingga kini masih berlaku dan menunggu masa untuk berpecah,” katanya.

Beliau menyarankan agar rakyat memilih parti yang berprinsip, mampu membangun ekonomi rakyat dan negara, menjaga keharmonian pelbagai bangsa dan sentiasa cakna dan prihatin kepada rakyat serta sentiasa turun padang membantu rakyat yang memerlukan.

“Saya harap PRN kali ini, rakan-rakan pemuda dan puteri seperti Fairul Nizam Roslan, Datuk Rais Yasin dan Datuk Dira Abu Zahar, Dr Akmal Saleh dan beberapa lagi calon profesional, dapat diangkat menjadi calon dan diketengahkan oleh pucuk pimpinan parti,” katanya. Utv

Calon muda, baru dalam PRN Melaka tanda UMNO banyak berubah – Muqharabbin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker