Indonesia rampas tanah milik anak Suharto

Indonesia rampas tanah milik anak Suharto

JAKARTA: Indonesia merampas tanah dikaitkan dengan pembuat kereta dimiliki anak lelaki pemimpin diktator, Allahyarham Suharto dalam usaha baharu untuk mendapatkan balik wang daripada puak berpengaruh itu, kata kerajaan hari ini.

Tentera dan polis di wilayah Jawa Barat hari ini mengambil alih kira-kira 124 hektar tanah yang dikuasai oleh Tommy Suharto dan syarikat PT Timor Putera Nasional miliknya ke atas kira-kira 2.6 trilion rupiah (RM752.98 juta) hutang kepada dana negara.

Kerajaan berkata, usaha untuk merampas empat bidang tanah di Karawang, Jawa Barat, yang digunakan sebagai cagaran ke atas pinjaman berdekad lamanya sebelum ini, telah gagal kerana ‘halangan di lapangan’.

Tambahnya, rampasan itu adalah sebahagian daripada bidaan yang lebih luas untuk mendapatkan semula kira-kira AS$7.7 bilion (RM32.03 bilion) pinjaman tidak dibayar yang diberikan sebagai langkah penyelamat bank ketika krisis kewangan 1997-1998.

Ketua Menteri Keselamatan Indonesia, Mahfud MD, berkata puluhan individu dipanggil berhubung dana itu, sambil menambah perubahan berturut-turut dalam pegawai kerajaan dan rundingan tidak konsisten dengan penghutang menyebabkan berlakunya kelewatan dalam tempoh panjang.

“Ini telah berlaku selama 22 tahun.. tidak akan ada lagi rundingan,” katanya pada hari ini.

Pasukan petugas yang mengetuai usaha pemulihan itu berkata, Tommy Suharto dan peguamnya telah diarahkan untuk mematuhi permintaan untuk mereka bertemu.

Tommy Suharto dikenali dengan insiden paling kontroversi kerana mengupah seorang pembunuh upahan untuk membunuh seorang hakim yang telah mensabitkannya dengan kes rasuah.

Dia hanya menjalani hukuman penjara 15 tahun selama empat tahun kerana kes pembunuhan pada 2001 dan dibebaskan dari penjara pada 2006.

Tommy Suharto kini berkhidmat sebagai seorang ahli politik dan ketua parti politik Berkarya. BH

Indonesia rampas tanah milik anak Suharto


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker