PRN Melaka: Rakyat Tahu Antara Kaca Dan Permata – Exco Pemuda UMNO

PRN Melaka: Rakyat Tahu Antara Kaca Dan Permata – Exco Pemuda UMNO

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Jamaludin yakin pengundi-pengundi Melaka cukup bijak membuat penilaian dan memilih wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Malah beliau percaya pengundi Melaka sudah pasti melihat kebijaksanaan pemimpin UMNO semasa menerajui negeri itu.



https://youtu.be/NL8ONaf66sk

“Sekarang ini khususnya rakyat bagi negeri Melaka sudah tahu bahawa kepimpinan UMNO adalah kepimpinan terbaik dan mereka dapat membezakan antara kaca dan permata.

“PRN Melaka adalah PRN yang penting buat UMNO/Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 15. Strategi-strategi yang betul perlu dilaksanakan di PRN Melaka,” katanya kepada UMNO Online.

Tambahnya, calon muka baharu yang bakal diketengahkan harus mendapat sokongan dari pelbagai pihak.



“Kita berharap apa yang dinyatakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ingin mengemukakan calon muka baharu dapat dilaksanakan dan mendapat sokongan bukan sahaja kepimpinan Bahagian  malah pelbagai peringkat lain,”ujarnya.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 20 November ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Sejumlah 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan pada PRN Melaka utnuk membentuk kerajaan negeri. – UMNO Online

PRN Melaka: Rakyat Tahu Antara Kaca Dan Permata – Exco Pemuda UMNO



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Calon muda, baru dalam PRN Melaka tanda UMNO banyak berubah – Muqharabbin



Hidangan siakap lebih RM1,000: Jangan tular, lapor kepada KPDNHEP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker