PRN Melaka Medan Tampilkan Perubahan – Hasmuni

PRN Melaka Medan Tampilkan Perubahan – Hasmuni

“Kita sewajarnya lebih matang dalam mengharungi Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021 kali ini kerana sudah sampai masanya kita berani mengetengahkan calon dan muka baharu dalam PRN kali ini,” demikian pandangan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan.

Namun pada masa yang sama beliau menegaskan tidak bermakna parti menidakkan “orang lama” atau sumbangan ‘senior’, tetapi rakyat pada hari ini mahukan sesuatu yang baharu, segar, dinamik dan lain-lain.

“Jika kita masih begitu-begitu juga dan orang-orang itu juga yang dipilih, maka kita tidak melakukan perubahan apa-apa kerana dogma dan stigma cara berfikir dan bertindak ‘style’ lama.

“Kita cari dan beri peluang kepada calon muda yang progresif, berani dan kreatif untuk melakar dan mencorakkan pentadbiran baru serta ‘style’ baharu politik.

“Kita juga harus ingat, PRN Melaka kali ini mungkin menjadi ‘masterpiece’ kepada PRU-15 yang akan datang. Walaupun jumlah pengundi PRN Melaka kali ini hanya setengah juta (495,196) namun keputusan PRN Melaka 2021 ini menjadi model dan cerminan keputusan PRU-15,” katanya dalam satu kenyataan media kepada UMNO Online.

Beliau seterusnya menambah meletakkan calon muka baharu bukan eksperimen atau cuba-cuba dan inilah yang dapat dan ditunjukkan selama beberapa tahun selepas PRU-14.

“Maka, jika kita mengikut arus dan kehendak zaman, sewajarnya kita memberi peluang kepada muka-muka baru ini mencorakkan PRN Melaka 2021. Kita tunggu dan lihat hasilnya untuk tindakan dan mengatur pula strategi PRU-15 kelak,” ujarnya.- UMNO Online

PRN Melaka Medan Tampilkan Perubahan – Hasmuni

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Calon muda, baru dalam PRN Melaka tanda UMNO banyak berubah – Muqharabbin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker