PAS sah tanding 11 kerusi DUN Sarawak, bakal bertembung GPS

PAS sah tanding 11 kerusi DUN Sarawak, bakal bertembung GPS

PAS mengumumkan akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-12 kali ini sekaligus bakal menyaksikan pertembungan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Penolong Setiausaha PAS Sarawak, Syamsul Bahrie Mohamad berkata PAS bertanding di DUN Kemena, Beting Maro, Semariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju.

“Sembilan daripada 11 DUN adalah kawasan baru ditandingi. Bagaimanapun calon yang akan bertanding belum dimuktamadkan setakat ini,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Tambahnya lagi, ia akan diumumkan sebaik sahaja senarai akhir calon dimuktamadkan, selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penting PRN Sarawak.

“PAS mempunyai banyak calon yang berwibawa, berkaliber dan berkerjaya yang boleh kita ketengahkan untuk 11 kerusi yang kita tandingi.

“Pada masa yang sama kita melihat kebarangkalian untuk menukar calon di kawasan bergantung kepada UNDI18 apabila kita lihat kawasan bertanding itu kebanyakan remaja kita akan meletakkan golongan muda, itu strategi kami,” katanya.

Katanya, tujuan utama PAS bertanding pada PRN 12 ini bukanlah untuk mengganggu Gabungan Parti Sarawak (GPS), namun ianya disifatkan sebagai menghidupkan amalan demokrasi.

“Kalau dikatakan PAS Sarawak mengganggu GPS , kenyataan YB GPS pun adalah menyatakan PAS adalah bukan komponen.

“Kita menghulurkan demokrasi untuk kita bertanding secara sihat pada masa yang sama untuk memberi kelebihan kepada rakyat Sarawak untuk memilih wakil rakyat mereka ataupun memilih kerajaan kita dengan lebih efisen,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai prosedur operasi standard (SOP) semasa PRN12 ini, katanya, PAS secara dasarnya telah menggerakkan unit teknologi maklumat untuk dijadikan rujukan di kawasan perkampungan.

“Tidak dinafikan itu sedikit sebanyak menjadi cabaran dari segi penerangan kerana kita akan ada kempen rumah ke rumah kita akan ada kempen ceramah umum dan ceramah kelompok itu sedikit sebanyak mengencatkan kempen.

“Kita juga dalam usaha meningkatkan unit multimedia kita agar sejajar dengan SOP yang baru yang ditetapkan oleh pihak MKN, SPR, dan KKM,” katanya. FMT

PAS sah tanding 11 kerusi DUN Sarawak, bakal bertembung GPS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker