Bila nak jadikan rokok sebagai kesalahan syariah?

Cadangan ini dilontarkan selepas kerajaan negeri Kelantan meluluskan pelbagai kesalahan pelik di bawah Enak Kanun Jenayah Syariah negeri itu termasuklah sihir, persetubuhan dengan mayat, persetubuhan dengan bukan manusia

Isu merokok dalam kalangan umat Islam perlu dipandang berat kerana sudah wujud fatwa jelas mengenai tabiat tersebut di negara kita.
Isu merokok dalam kalangan umat Islam perlu dipandang berat kerana sudah wujud fatwa jelas mengenai tabiat tersebut di negara kita.

Ribuan tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri Kelantan kerana berjaya melakukan beberapa proses pindaan dan penambahbaikan terhadap Undang-Undang Islam dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di negeri Kelantan baru–baru ini.

Usaha itu dilihat dapat memperkasakan lagi syiar agama Islam di negeri Kelantan secara khususnya dan di seluruh Malaysia secara amnya.

Antara peruntukan baharu yang diwujudkan di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 melibatkan isu sihir, dakwaan palsu, percubaan keluar Islam, memutarbelitkan ajaran Islam, tidak menghormati bulan Ramadan, memusnahkan tempat ibadat, persetubuhan dengan mayat, persetubuhan dengan bukan manusia, mencacah tatu atau pembedahan kosmetik.

Tidak terkecuali mengganggu rumah tangga orang, halang hidup sebagai suami isteri, memujuk orang Islam lari dari jagaan, kata–kata yang boleh memecah keamanan, memutuskan hubungan kerabat, derhaka kepada ibu bapa, apa–apa yang mengkhayalkan, berjudi, makan harta anak yatim, tipu dalam sukatan atau ukuran, muamalat yang berlawanan dengan hukum, penyalahgunaan tanda halal, menuduh melakukan zina dan liwat.



Namun persoalan ingin juga dilontarkan, bagaimana pula dengan perbuatan merokok dan mengunakan vape dalam kalangan umat Islam? Bila pihak kerajaan negeri Kelantan dan semua kerajaan negeri yang ada dalam Malaysia hendak mengharamkan rokok dan vape dalam kalangan umat Islam? Umum sudah pun ketahui status pengunaan rokok dan vape di negara kita dalam kalangan umat Islam. Pengunaan rokok dan vape adalah haram. Ini telah lama diputuskan melalui beberapa fatwa di negara kita.

Namun fatwa pengharaman rokok dan vape ini tidak akan membawa sebarang makna jika tiada peruntukan undang–undang bagi menguatkuasakannya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang Kali Ke-37 di Dewan Syura, Tingkat 11 pada 23 Mac 1995 yang lalu telah membincangkan isu mengenai Hukum Merokok Dari Pandangan Islam dan telah bersetuju untuk memutuskan bahawa, merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan.

Memandangkan negara kita sedang giat berusaha untuk memperkasakan kedudukan agama Islam dan undang–undang syariah dalam negara kita, kita juga harus mengambil langkah untuk menjadikan amalan merokok dan mengunakan vape dikalangan umat Islam sebagai satu kesalahan Syariah dan hukuman boleh dikenakan kepada umat Islam yang didapati bersalah merokok atau mengunakan vape.Dalam usaha pihak kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih sihat dalam negara kita melalui pelbagai kempen kesedaran, pendidikan serta pemantapan pelbagai jenis peruntukkan undang–undang sedia ada bagi mengekang serta membasmi ketagihan merokok dan mengunakan vape, langkah yang dilihat lebih drastik perlu juga dipertimbangkan serta diambil oleh pihak kerajaan dengan menjadikan merokok itu dan pengunaan vape sebagai salah satu kesalahan Syariah.



Ia khusus bagi melarang umat Islam dalam negara ini daripada terjebak dengan gelaja merokok dan mengunakan vape, sekali gus dapat melindungi serta menyelamatkan umat Islam dalam negara kita daripada melakukan perkara yang boleh membawa kepada kebinasaan dan kerosakan pada diri mereka sendiri serta orang sekeliling.

Bagi umat Islam, isu merokok itu perlu dipandang berat kerana sudah wujud fatwa jelas mengenai isu rokok dalam negara kita buat sekian lama.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang Kali Ke-37 di Dewan Syura, Tingkat 11 pada 23 Mac 1995 yang lalu telah membincangkan isu mengenai Hukum Merokok Dari Pandangan Islam dan telah bersetuju untuk memutuskan bahawa, merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan.

Berdasarkan fatwa yang telah oleh pihak Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan terbabit jelas menunjukkan bahawa fatwa pengharaman rokok telah lama dikeluarkan oleh majlis tersebut iaitu sudah lebih 20 tahun dan ia masih kekal sehingga sekarang.Ketetapan yang sama juga telah diambil terhadap pengunaan vape. Keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 21 Disember 2015 yang lalu telah memutuskan bahawa hukum penggunaan rokok elektronik termasuk vape adalah haram.



Agama Islam juga melarang keras umatnya melakukan sebarang perkara yang membawa kemudaratan serta merugikan. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah Al – Baqarah, Ayat 195 yang bermaksud “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

Walaupun terdapat pelbagai jenis kempen pendidikan dan kesedaran dijalankan oleh beberapa pihak bagi mewujudkan kesedaran orang ramai terhadap isu merokok dan pengunaan vape, namun ia dilihat masih tidak memadai dan efektif untuk mengekang masalah merokok dan pengunaan vape di egara kita.

Ada umat Islam yang dilihat tanpa segan silu merokok dan mengunakan vape ini di khalayak umum dan di tempat kerja. Lebih membimbangkan lagi ialah penularan pengaruh merokok dan pengunaan vape ini di kalangan generasi muda yang masih bersekolah.

Oleh yang demikian, adalah penting supaya satu seksyen khusus diperkenalkan bagi menjadikan perbuatan menghisap rokok serta bahan–bahan yang berkaitan dengan rokok seperti pengunaan vape sebagai satu kesalahan syariah bagi memberi satu isyarat yang lebih jelas serta memberi satu peringatan kepada orang ramai khususnya kepada umat Islam dalam negara kita mengenai bahaya dan kesalahan untuk merokok dan mengunakan vape.



Untuk menjadikan merokok dan vape itu sebagai salah satu kesalahan syariah dalam negara kita mungkin akan mengambil masa yang lama kerana perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam yang terletak di bawah kuasa kerajaan negeri seperti yang jelas termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Maka terpulanglah kepada setiap kerajaan negeri dalam negara kita untuk mempertimbangkan cadangan di atas ini dengan teliti.* Dr Muzaffar Syah Mallow ialah pensyarah di Fakulti Syariah & Undang–Undang, Universiti Sains Islam Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


#PRNMelaka : Permainan Kayu Tiga, PAS Dihukum Undi Protes



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker