Shuib kongsi foto bersama Watie di Instagram

Shuib kongsi foto bersama Watie di Instagram

Shuib Sepahtu berkongsi foto bersama kekasihnya, Watie Hanafiah buat kali pertama di Instagram (IG), malam tadi.

Tampil sedondon dalam rona ‘peach’, selain Watie, empat anak dan ibunya, turut bergambar bersama.



Foto itu menerima lebih 110,000 tanda suka serta lebih 300 komen daripada pengikut, selepas kira-kira dua jam dimuat naik penyampai stesen radio Suria itu.

Terdahulu, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Mohamad, 39, memberitahu akan beraya bersama Watie dan peluang itu digunakan untuk memperkenalkan ahli keluarga masing-masing.

Menurut Shuib, Aidilifitri adalah masa terbaik untuk berjumpa dengan kedua-dua keluarga dan ia adalah pertemuan keluarga yang pertama.

“Saya fikir ini masa terbaik untuk berjumpa dengan kedua-dua keluarga. Benar, ini kali pertama keluarga bertemu,” katanya.



Shuib menamatkan teka-teki mengenai hubungannya dengan Watie yang juga usahawan apabila mendedahkan mereka memilih Jun depan untuk bernikah.

Shuib kehilangan isteri yang juga penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan. BH

Shuib kongsi foto bersama Watie di Instagram



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?



Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker