Menu hibrid ‘Susu Kocak Maggi’ buat netizen naik angin

Menu hibrid ‘Susu Kocak Maggi’ buat netizen naik angin

Setiap hari ada saja menu pelik yang menarik perhatian media sosial. Baru saja beberapa hari lalu, jabatan netizen mengamuk apabila Dosa (lempeng yang berasal dari Selatan India) dicampur dengan buah-buahan kering.

Hari ini, satu lagi menu hibrid kombinasi dua hidangan klasik mencetus pelbagai maklum balas di media sosial hingga sebahagiannya sangat marah.



Menu yang sedang viral kini adalah Susu Kocak Maggi. Ya, sila baca sekali lagi, anda memang tidak salah.

Difahamkan imej menu hibrid tersebut sedang menular dengan meluas di Twitter dan mengundang pelbagai komen serta reaksi masyarakat.

“Saya pandang hidangan itu. Kemudian duduk dua minit. Memikirkan evolusi manusia dan masa depan species kita sebagai manusia,” kata pengguna Twitter dikenali sebagai Gabbbar.

Twitter itu turut memuat naik gambar dua gelas berisi air berwarna putih dan mi Maggi.



Sejak dimuat naik pada 11 September lalu, ciapan itu menerima lebih 5,000 tanda suka dan banyak komen.

Ternyata orang ramai terlalu jujur berkongsi pandangan mereka mengenai hidangan tersebut. Ramai yang jijik namun ada juga yang tidak kisah untuk mencuba.

“Maggi dan susu kocak yang rosak,” kata seorang pengguna Twitter.

“Malam ini saya pasti tidak akan makan,” kongsi seorang lagi.



“Apa yang menyedihkan, gambar ini masih buat saya mahu makan maggi,” kata seorang lagi pembaca. FMT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker