346 kematian Covid-19 dilapor semalam

346 kematian Covid-19 dilapor semalam

Sebanyak 346 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan maklumat dikeluarkan kementerian itu, ia termasuk satu kematian yang direkodkan dalam tempoh 24 jam sebelum tengah hari semalam.

Manakala yang lain pula adalah kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini.

Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 105 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Bilangan kematian kini berjumlah 22,355 kes dan kebanyakan kes kematian semalam direkodkan di Selangor (96), diikuti Kedah (82) dan Johor (59) dan beberapa negeri lain, kecuali Pahang, Negeri Sembilan dan Putrajaya, turut merekodkan kematian.

Sehingga semalam, terdapat 227,120 kes aktif Covid-19, termasuk 1,234 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 710 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 16,939 kes sembuh turut direkodkan.

346 kematian Covid-19 dilapor semalam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker