Agong, Permaisuri berkenan adakan lawatan khas ke UK

Agong, Permaisuri berkenan adakan lawatan khas ke UK

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke United Kingdom mulai hari ini hingga 27 Sept.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, baginda berdua berkenan melawat tapak projek ikonik Malaysia di London, Battersea Power Station, iaitu usahasama antara Sime Darby Property, SP Setia Sdn Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Selain itu, baginda berdua juga berkenan melawat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London pada 24 Sept bagi sesi pertemuan dengan rakyat Malaysia terdiri daripada usahawan, ahli akademik, pelajar dan ketua komuniti di United Kingdom.

Keesokannya, baginda berdua dijadual berangkat melawat Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), syarikat milik penuh Lembaga Getah Malaysia dan merupakan antara institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) getah terkemuka dunia.

Dalam pada itu, Sultan Abdullah berkenan menerima kunjungan Ketua Staf Pertahanan United Kingdom, Sir General Nicholas Carter yang akan menyentuh hubungan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

“Lawatan khas ini melambangkan kepentingan hubungan erat di antara Malaysia dan United Kingdom yang dimanifestasikan di peringkat pemerintahan tertinggi negara.

“Lawatan itu turut menzahirkan keprihatinan baginda berdua terhadap kesejahteraan rakyat di luar negara serta prestasi pelaburan dan kepentingan negara di United Kingdom agar sentiasa berada dalam keadaan baik terutama semasa pandemik yang mencabar ini,” kata Wisma Putra. FMT

Agong, Permaisuri berkenan adakan lawatan khas ke UK


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker