#PRNMelaka2021: Mereka Menunggu Siapa Calon Untuk Dibeli RM5juta?

Oleh Megat Terawih

Strategi terakhir supaya calon menang dan melompat adalah menawarkan jutaan ringgit setelah calon tersebut menang. Ada juga strategi ‘membeli awal’ iaitu sebaik sahaja nama calon diumumkan maka si broker akan menawarkan supaya kalah di peringkat penyerahan borang pertandingan lagi. Kononnya ada kesilapan teknik atau satu lagi cara, calon itu sendiri akan mengeluarkan arahan agar pengundi keluar mengundi pihak lawan.

Segala pujuk rayu untuk bergabung tidak kesampaian, segala usaha memujuk juga gagal maka itulah antara strategi akhir yang akan digunakan demi untuk mendapat kuasa.

Pengundi bakal gigit jari tengah lagi sekali apabila mereka mengundi berdasarkan parti dan bukannya individu.

Zaman ini, mata berpinar tengok duit berkepuk-kepuk, hati kembang dapat jadi wakil rakyat. Entah khidmat apa yang mereka nak bagi kepada rakyat, beras 5kg sekampit, minyak masak satu peket, telor sepapan dan susu setin dan mungkin tambahan gandum sepeket. 3-4 bulan sekali kalau mereka ingat kesusahan rakyat.

Parti yang banyak jasa mereka humban ke longkang, parti yang baru ditubuhkan oleh manusia yang kalah dalam pertandingan parti atau lari kerana ingin menjadi katak atau mungkin takut diugut akibat perlakuan jenayah menjadi pilihan – ini amat bahaya dan lagi sekali jari tengah menjadi mangsa gigitan sendiri.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker