Bangsa Melayu Berpecah Banyak Parti, Dengar Saja Ada Imbuhan Gelap Mata

Oleh Nurul Aisyah

LUAHAN rakyat Melaka ini perlu diberi perhatian memandangkan ini adalah suara hati mereka. Puan Zaleha Binti Othman merupakan penjaja di pekan Masjid Tanah. Beliau yang tinggal di Tanjung Bidara adalah pengundi di kawasan tersebut.

Puan Zaleha sangat terkilan dengan sikap bangsa Melayu yang termakan hasutan pihak tertentu sehingga mereka berpecah kepada banyak parti. Akhirnya pihak yang menghasut tersebut berjaya merampas negeri Melaka dari tangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) yang lalu.

Semua perkara ini berlaku gara-gara sikap sesetengah bangsa Melayu yang cepat gelap mata apabila ditawarkan dengan sedikit imbuhan. Mereka perlu ingat betapa nenek moyang kita terpaksa berkorban tenaga dan harta benda demi memerdekakan tanahair.



Anak-anak muda sekarang perlu melihat sejarah untuk dijadikan panduan agar tidak diperbodohkan dan ditipu pihak yang cuba memecah belahkan bangsa Melayu.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan dijangka sengit di kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan pertembungan empat ke lima penjuru diramal membabitkan calon daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) disamping kemunculan banyak parti-parti bebas yang diletakkan semata-mata untuk memecahkan undi orang Melayu.

Daripada 28 kerusi DUN, enam membabitkan Paya Rumput, Rembia, Telok Mas, Pengkalan Batu, Sungai Udang dan Pantai Kundor, dijangka menjadi ‘kerusi panas’.

Namun pada Mac tahun lalu, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili kawasan terbabit ketika itu, iaitu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Datuk Muhammad Jailani Khamis, Datuk Noor Effandi Ahmad dan Datuk Norhizam Hassan Baktee, bertindak menyokong BN bagi membentuk kerajaan baharu yang diterajui parti berkenaan.



Sebelum ‘Langkah Sheraton’ pada tahun lalu, Kerajaan Melaka dipimpin Adly Zahari bawah PH yang meraih majoriti tipis 15 kerusi, manakala pembangkang pula 13 kerusi, namun pentadbiran beliau hanya bertahan selama 22 bulan.

Melaka kemudian melalui satu lagi episod pertukaran kerajaan dengan BN kembali menerajuinya bawah kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Pentadbiran Sulaiman hanya bertahan hampir dua tahun sebelum Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundur), Norhizam dan Noor Effandi mengumumkan keluar daripada blok kerajaan kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau, disusuli pembubaran DUN Melaka bagi memberi laluan kepada PRN.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker