Bintang tenis China, Peng Shuai dakwa dipaksa adakan hubungan seks

Sebaran :

BEIJING – Bekas pemain nombor satu tenis beregu wanita China, Peng Shuai membuat pendedahan berhubung dakwaan serangan seksual ke atasnya oleh pegawai tinggi kerajaan, Zhang Gaoli yang kini telah bersara, beberapa tahun lalu.

Peng mendedahkan perkara itu dalam catatan di akaun media sosial miliknya pada Rabu.

Namun sejam kemudian, tuduhan terhadap Zhang Gaoli telah dipadamkan.

Ini kali pertama tuduhan terhadap pegawai tertinggi kerajaan didedahkan di akaun media sosial.



Zhang, 75, berkhidmat sebagai Naib Perdana Menteri China di antara tahun 2013 dan 2018 dan merupakan sekutu rapat kepada Presiden Xi Jinping.

“Saya tahu sebagai pegawai tertinggi seperti kamu, Naib Perdana Menteri Zhang Gaoli, kamu boleh kata kamu tidak takut.

“Namun walaupun saya boleh dikenakan tindakan, saya akan ceritakan perkara sebenar tentang kamu,” dedah Peng dalam tangkap layar yang sempat dirakam warga netizen.

Peng mendedahkan, insiden kali pertama dipaksa mengadakan hubungan seks ketika melawat rumah bekas pemimpin itu untuk bermain tenis.



“Kamu telah memaksa saya untuk mengadakan hubungan seks dan saya tidak berhenti menangis selepas itu,” katanya lagi.

Peng bagaimanapun mengaku dia tidak mempunyai bukti terhadap pendedahannya itu.

“Saya tidak mempunyai bukti kerana kamu melarang saya membawa sebarang alat perakam, hanya pengalaman yang mengerikan itu,” katanya.

Sepanjang kariernya, Peng telah memenangi dua trofi Grand Slam beregu wanita – pertama di Wimbledon pada 2013 dan kali kedua di Roland Garros pada 2014, kedua-duanya berganding dengan Hsieh Su-wei dari Taiwan. -Awani



Bintang tenis China, Peng Shuai dakwa dipaksa adakan hubungan seks


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bekas Ketua Menteri Melaka Tidak Mengaku Penganut Syiah


Sebaran :

Leave a Reply