Ayuh umat Islam desak haramkan bir dijual di kedai serbaneka
Selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan larangan penjualan arak (liquor) di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bersama ahli politik kerajaan serta pembangkang muslim juga perlu bersatu padu menyatakan satu lagi tuntutan.
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, tuntutan umat Islam sepatutnya tidak terhad kepada menyokong keputusan DBKL semata-mata.
Malah, umat Islam perlu mendesak agar bir juga dilarang untuk dijual secara terbuka dan ke arah pengharaman sepenuhnya.
“Walaupun tidak sepenuhnya larangan penjualan arak dilaksanakan, dan bir (beer) masih dibenarkan untuk dijual di kedai-kedai runcit, itu pun ada yang ‘kepanasan’ seolah-olah mereka ‘terpaling tertindas’.
“Pemimpin-pemimpin MCA dan DAP senada mengecam dengan keras keputusan menteri bagi melarang penjualan arak secara terbuka itu selepas persatuan-persatuan peniaga yang menjual arak menyatakan bantahan.
“Alangkah baiknya jika kita semua, iaitu NGO-NGO Islam, ahli-ahli politik kerajaan dan pembangkang muslim berpadu menyatakan tuntutan kita juga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Larangan penjualan arak (liquor) di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina oleh DBKL yang ditangguhkan selama sebulan, mula dikuatkuasakan pada 1 November lalu.
Bagaimanapun, penjualan bir oleh premis terbabit masih dibenarkan bermula jam 7 pagi hingga 9 malam sahaja, sebagaimana terkandung dalam syarat baharu untuk permohonan Lesen Minuman Keras (LMK).
Aminuddin menambah, desakan ini bukan perkara baharu kerana jika sesebuah komuniti setempat menyatakan bantahan penjualan minuman keras di kedai-kedai runcit kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), maka ianya boleh dihentikan.
“Kita melalui NGO-NGO kita juga telah banyak gerakkan inisiatif di kawasan-kawasan kami dan terbukti berjaya.
“Bayangkan jika ianya digerakkan di peringkat nasional secara berpadu, dan di peringkat polisi. Pastinya lebih menyeluruh impaknya.
“Jika mereka bersatu mahu arak dijual secara terbuka, mengapa kita tidak mampu bersatu mendesak kehendak kita pula? Ayuh,” katanya.
Ayuh umat Islam desak haramkan bir dijual di kedai serbaneka
Baca Artikel Menarik :
- Anzalna tidak tahu bapa jadi CEO Finas
- Sudah tiada jalan BN, PN berunding
- DAP dakwa jika letak ‘patung’ di Kota Laksamana pun boleh menang
- Debat Kabotaj, Guan Eng tak dapat lawan Ka Siong
- Jangan Percaya Ujian ‘Saliva’ Atau Antigen – Shahrulezad
- PAS tidak akan beri undi jika BN-PN bertembung di PRN Melaka
- Lelaki ditahan pukul, bunuh, tanam mayat kekasih
- Ketua Pengarah Maritim ‘kong kali kong’, kasi tukar
- Kaedah Mencari Barang Hilang Menurut Islam
- Resepi laksa goreng seafood sempoi
- Mat Sabu persoal status siasatan dakwaan bekas KPN tentang rasuah dalam politik
Layari Laman Facebook MYKMU.NET