Selepas campak, Iqbal pijak wang pula? (Video)

Selepas campak, Iqbal pijak wang pula? (Video)

Penyanyi dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil menjelaskan semula isu video memijak wang selepas tular di media sosial sejak semalam, sehingga menimbulkan kecaman warganet.

Menerusi entri Instagram, dia memuat naik satu video bagi menjelaskan perkara sebenar berkenaan rakaman tersebut kerana sudah menimbulkan banyak salah faham.

Jelasnya, duit yang bergelimpangan di atas lantai tersebut bukanlah wang sebenar kerana bertujuan untuk melakukan pengambaran sahaja.

Malah, penyanyi lagu Hujan itu juga menafikan bahawa wang tersebut ditaburnya kerana ketika dia sampai, wang kertas terbabit sememangnya sudah bertaburan dan digunakan selebriti lain.

“Tidak mungkin saya sedangkal itu memijak wang. Saya masih tahu batas adab. Masih tahu menilai baik dan buruk. Ketika itu, kami mahu cepat kemaskan studio.

“Oleh kerana terlalu banyak kertas bertaburan, saya dengan selamba cepat-cepat kemaskan menggunakan kaki. Tanpa terfikir ia dirakam dan kebetulan hanya muka saya seorang terpapar,” jelasnya di Instargam.

Bagaimanapun, pemuda itu terbuka hati memaafkan pihak yang menyebarkan rakaman berkenaan serta kepada mereka yang tersalah anggap juga.

“Tiada daya saya untuk berkata lebih kerana video itu telah tersebar dan menjadi bahan hinaan orang.

[videopress M5sWO99N]

“Saya juga maafkan bagi yang menyebarkan kerana visualnya memang tampak seolah saya manusia tidak waras. Saya hanya berserah.

“Jika ada yang terbuka hati untuk faham perkara sebenar, saya bersyukur. Jika masih tidak faham, tidak mengapa asalkan saya tahu yang saya masih waras,” katanya.

Justeri itu, Iqbal juga merayu agar pihak terbabit bertanggungjawab untuk membersih semula namanya berkenaan isu memijak wang yang telah tular di serata saluran media sosial. Utusan

Selepas campak, Iqbal pijak wang pula? (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker