Bantah larangan jual arak, MCA jadikan ‘Keluarga Malaysia’ bola tanggung

Seperti sudah dijangka pendekatan Keluarga Malaysia akan menjadi bola tanggung untuk parti politik mengambil kesempatan, kononnya atas dasar memperjuangkan isu hak dan sama rata.

Buktinya, MCA tanpa segan silu menyatakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina yang berkuat kuasa, 1 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Nicole Wong Siaw Ting menyifatkan larangan itu sebagai satu tindakan terkebelakang di era moden ini.



“Keputusan DBKL telah menjejaskan matlamat ‘Keluarga Malaysia’ oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang berpaksikan kebersamaan,” katanya.

Nicole mendakwa, garis panduan baharu itu menambahkan kesan buruk kepada perniagaan dalam keadaan ekonomi yang semakin teruk, selepas berdepan cabaran yang disebabkan pandemik.

Mengulas perkara itu, Ketua Pergerakan Pemuda BERJASA, Ustaz Fahmi Bazlan Muda yakin langkah kerajaan, melalui Menteri Wilayah menyekat penjualan arak secara berleluasa adalah tepat dan bijak.

Tegasnya, arak bukanlah lambang kemajuan kepada sebuah peradaban malah sejarah membuktikan bahawa kemunduran dan kerosakan yang berlaku adalah bermula dari gejala ketagihan arak.



“Kes kemalangan maut melibatkan masyarakat memandu dalam keadaan mabuk arak, dadah dan lain-lain sudah cukup mengguris perasaan keluarga mangsa yang kebanyakan adalah Melayu Islam.

“Sehingga hari ini kita masih terperangkap dengan akta yang menyekat hukum bunuh mandatori terhadap pesalah langgar maut. Bahkan mereka kebal dari sebarang pertuduhan jenayah.

“Adakah ini Keluarga Malaysia yang akan kita perjuangkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau sekali lagi menggesa kerajaan supaya lebih kerap dan cepat menjelaskan kepada rakyat mengenai hala tuju dan konsep sebenar Keluarga Malaysia.



Jelasnya, tindakan itu agar ia tidak mudah dimanipulasi oleh mereka yang gagal memposisikan diri mereka dalam struktur masyarakat yang berbilang kaum ini.

Bantah larangan jual arak, MCA jadikan ‘Keluarga Malaysia’ bola tanggung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker