Tidak Berasa Lapar Pada Waktu Pagi…Ketahui 5 Perkara Ini Mungkin Penyebabnya

Tidak Berasa Lapar Pada Waktu Pagi…Ketahui 5 Perkara Ini Mungkin Penyebabnya

SARAPAN merupakan perkara penting untuk memulakan hari di waktu pagi dan ia tidak boleh diabaikan kerana mampu memberi pelbagai manfaat serta tenaga dalam melakukan aktiviti seharian.

Meskipun sarapan penting, namun itu bukan bererti seseorang itu akan secara automatik berasa lapar pada waktu pagi.



Sebaliknya ada orang yang jarang berasa lapar pada waktu pagi.

Dalam kes tertentu, situasi itu boleh menjadi petanda masalah kesihatan tertentu termasuk bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan disebabkan penyakit seperti kanser, kegagalan buah pinggang dan sebagianya.

Bagaimanapun, tidak berasa lapar pada waktu pagi sebenarnya adalah normal dan bukan perkara yang perlu dibimbangkan.

Berikut adalah beberapa sebab membuatkan seseorang itu tidak berasa lapar pada waktu pagi.



1. Makan malam terlalu banyak

Makan malam terlalu banyak menjadi salah satu penyebab seseorang itu tidak berasa lapar pada waktu pagi.

Apatah lagi sekiranya seseorang mengambil makanan tinggi lemak dan protein. Makronutrien ini dapat melambatkan pengosongan perut dan membuatkan seseorang itu berasa kenyang lebih lama.

Protein secara signifikan mengubah kadar hormon yang mengatur rasa lapar dan nafsu makan. Perkara sama juga dilakukan oleh lemak yang mampu menurunkan rasa lapar.



2. Tekanan, masalah kemurungan

Tekanan dan masalah kemurungan dapat mempengaruhi rasa lapar pada waktu pagi. Kedua-dua keadaan itu dapat menyebabkan perubahan nafsu makan.

3. Kadar hormon berubah

Ketika tidur pada waktu malam, kadar hormon dalam tubuh berubah dan ia turut memberi kesan kepada nafsu makan seseorang.

Kajian menunjukkan bahawa kadar epinefrin atau hormon adrenalin lebih tinggi pada waktu pagi dan ia menekan nafsu makan dengan melambatkan proses pengosongan perut serta meningkatkan pemecahan karbohidrat yang disimpan di hati dan otot untuk dibakar tubuh.



4. Hamil

Morning sickness adalah masalah umum ibu mengandung seperti berasa mual, muntah dan tiada selera makan.

Faktanya, sebuah kajian yang mengkaji 2,270 ibu hamil mendapati 34 peratus daripadanya memberitahu makan lebih sedikit pada waktu pagi semasa awal kehamilan.



5. Sedang sakit

Jangkitan saluran pernafasan seperti selesema, batuk dan radang paru-paru diketahui dapat membuatkan seseorang berasa kurang lapar terutamanya pada waktu pagi.

Dalam keadaan tertentu, penyakit ini juga mengurangkan fungsi deria rasa dan bau yang turut membuatkan seseorang tidak berselera.

Tidak Berasa Lapar Pada Waktu Pagi…Ketahui 5 Perkara Ini Mungkin Penyebabnya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Mohammed bin Salman didakwa bunuh Raja Abdullah

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker