KKM keluar saman kepada BN

KKM keluar saman kepada BN

Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun di bawah Akta 342 kepada Barisan Nasional malam ini kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi penganjuran majlis sosial.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu hantaran di Twitter rasminya tadi.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar memaparkan Barisan Nasional melaksanakan pelancaran jentera bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pelancaran jentera itu turut disiarkan secara langsung di platform media sosial BN Comms dan Umno Online.

Tangkap layar siaran langsung Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional.
Baru-baru ini, KKM menguatkuasakan larangan tidak membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk pelancaran jentera bermula 24 Oktober sehingga 27 November depan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, KKM ingin memaklumkan, berdasarkan pemantauan situasi Covid-19 dalam negara didapati antara penyumbang kepada peningkatan kes dan kluster di Malaysia adalah berkait dengan aktiviti perhimpunan atau majlis sosial yang tidak mematuhi SOP. K Online

KKM keluar saman kepada BN

Nota: Patut KJ tak hadir pelancaran jentera parti sendiri.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker