BN dikompaun RM10,000 kerana anjur majlis pelancaran jentera pilihan raya

Sebaran :

Kementerian Kesihatan malam tadi mengenakan kompaun RM10,000 terhadap Barisan Nasional (BN) apabila mendapati gabungan politik itu mengadakan program di Kuala Lumpur untuk melancarkan jentera pilihan rayanya sempena pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Dalam satu kenyataan ringkas di Facebook, MOH berkata kompaun itu dikeluarkan oleh pejabat kesihatan di Kepong kepada setiausaha eksekutif BN kerana melanggar prosedur operasi standard kerajaan untuk acara sosial.

“Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun di bawah Akta 342 kepada Barisan Nasional malam ini kerana telah melanggar SOP Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara bagi penganjuran majlis sosial,” kata kementerian itu malam tadi.

Akta 342 merujuk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang memberi KKM kuasa untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang melanggar peraturan yang ditetapkan bagi mencegah penularan penyakit berjangkit.



Berdasarkan pemantaun Malaysiakini pada majlis itu, ia dihadiri sekurang-kurangnya beberapa ratus pemimpin dan ahli BN.

PRN Melaka akan memulakan tempoh kempennya pada 8 Nov ini sehingga hari pengundian pada 20 Nov.

Ia diadakan Yang diPertua Negeri Melaka Ali Rustam memutuskan untuk membubarkan dewan undangan negeri bulan lepas di bawah nasihat ketua menteri ketika itu Sulaiman Md Ali, yang menghadapi rampasan kuasa politik.

 

Memandangkan PRN itu akan diadakan semasa pandemik Covid-19, Kementerian Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 24 Okt lepas mengeluarkan larangan terhadap sebarang aktiviti, perhimpunan dan acara sosial berkaitan pilihan raya negeri antara 25 Okt dan 27 Nov.

Dipercayai BN cuba memintas peraturan itu dengan menukar tempat pelancaran jentera pilihan rayanya malam tadi ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC).



Berdasarkan surat jemputan bertarikh 22 Okt yang dilihat pada mulanya dijadualkan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh.

Bagaimanapun, pengumuman Khairy mengenai larangan itu serta SOP terkini yang diwartakan oleh Majlis Keselamatan Negara tidak menyatakan sebarang had peraturan itu kepada mana-mana negeri atau kawasan.

BN dikompaun RM10,000 kerana anjur majlis pelancaran jentera pilihan raya


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU,NET


BN dirikan kerajaan pelbagai kaum – Tok Mat


Sebaran :

Leave a Reply