Taikun air individu paling kaya di China

Sebaran :

Taikun air individu paling kaya di China

SHANGHAI: Taikun air botol Zhong Shanshan muncul orang terkaya di China, menurut ranking tahunan dikeluarkan hari ini, ketika kempen kerajaan mengekang golongan kaya mengambil banyak keuntungan daripada pelopor seperti pengasas bersama Alibaba, Jack Mak.

Kekayaan Shanshan, lewat 60-an, dilihat meningkat susulan penyenaraian saham air mineral Nongfu Spring miliknya dan syarikat farmasi berasingan Wantai Biological Pharmacy Enterprise, yang memperoleh permintaan besar untuk kit ujian COVID-19.

Berdasarkan Senarai Kaya Hurun, beliau bernilai AS$60.5 bilion (RM251.20 bilion), meningkat tujuh peratus.



Berada di kedudukan ketiga tahun lalu, Shanshan melonjak ke tempat teratas apabila usaha kerajaan mengagihkan semula kekayaan atas nama kesaksamaan, bernilai berbilion yang diambil daripada harta taikun lain.

Ma, individu terkaya tahun lalu, jatuh ke tangga kelima apabila kekayaannya menyusut 36 peratus kepada AS$39.6 bilion (RM164.42 bilion).

Ma dan Alibaba tidak disenangi Beijing sejurus beliau memberi ucapan akhir tahun lalu, mengkritik pengawal selia kewangan China.

Ini menyebabkan pegawai China melonjakkan rekod dunia bagi tawaran awam permulaan bernilai AS$37 bilion (RM153.63 bilion) untuk kumpulan kewangan Alibaba Ant dan memulakan rangkaian tindakan keras terhadap syarikat teknologi China, didakwa amalan monopoli dan taikun berkuasa.



Pony Ma, bos gergasi permainan dan pemilik WeChat Tencent, jatuh dua anak tangga ke tempat keempat apabila sekatan China terhadap permainan video mengurangkan kekayaannya sebanyak 19 peratus.

Tempat kedua dimenangi pengasas TikTok, Zhang Yiming.

Institut Penyelidikan Hurun yang menyusun senarai itu, berkata julung kalinya sektor hartanah tidak tersenarai di kedudukan 10 teratas.

Kerugian terbesar sektor itu ialah Xu Jiayin, pengasas gergasi hartanah Evergrande Group yang sangat bermasalah.



Jiayin mendahului senarai itu pada 2017 dan berada di tempat kelima tahun lalu, tetapi jatuh ke tangga ke-70 dengan pengurangan kekayaan hampir 70 peratus kepada AS$11.3 bilion (RM46.92 bilion), menurut Hurun.

Kecairan tunai di Evergrande menjejaskan sentimen pelabur dan merunsingkan pasaran hartanah penting negara, selain menimbulkan kebimbangan kemungkinan penularan dalam ekonomi lebih luas.

Pihak berkuasa China sudah memberitahu Jiayin untuk menggunakan kekayaan peribadinya yang semakin berkurangan bagi mengurangkan krisis hutang syarikat, menurut laporan media minggu ini.

Bagaimanapun, jumlah keseluruhan individu di China bernilai sekurang-kurangnya 2 bilion yuan (AS$310 juta/RM1.22 bilion) meningkat sebanyak 520 kepada jumlah keseluruhan 2,918, kata Hurun.

Pertumbuhan dalam pasaran kenderaan elektrik, khususnya, memacu peningkatan kekayaan beberapa usahawan, menurut senarai itu. BH

Taikun air individu paling kaya di China


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?


Sebaran :

Leave a Reply