4 polis terbunuh dalam serangan

4 polis terbunuh dalam serangan di barat laut Pakistan

Empat anggota polis, termasuk seorang pegawai, terbunuh dalam serangan ke atas kenderaan polis di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan, kata seorang pegawai hari ini.

Anggota polis itu dalam rutin kawalan lewat malam Selasa apabila lelaki bersenjata tidak dikenali yang menunggang motosikal melepaskan tembakan terhadap kenderaan mereka di kawasan Wanda Mir Alami di daerah Lakki Marwat di wilayah itu, Timbalan Pesuruhjaya daerah Lakki Marwat Iqbal Hussain memberitahu Xinhua.



Beliau berkata, penjenayah itu melarikan diri dari tempat kejadian selepas melakukan serangan, sambil menambah bahawa operasi mencari di kawasan itu telah dilancarkan untuk menangkap mereka.

Susulan kejadian itu, sepasukan kontinjen polis tiba di lokasi dan mengepung kawasan itu.

Kesemua pintu masuk dan keluar daerah itu juga dikawal sepenuhnya oleh polis untuk menahan penjenayah yang melarikan diri.

Kumpulan militan yang diharamkan, Tehrik-e-Taliban Pakistan mendakwa melakukan serangan itu dalam satu kenyataan yang dihantar kepada media tempatan, bagaimanapun, ia belum disahkan secara rasmi. BH



4 polis terbunuh dalam serangan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker