Lelaki maut terjun jambatan, tertekan hutang kawan

Lelaki maut terjun jambatan, tertekan hutang kawan

MELAKA: Seorang lelaki ditemui mati lemas selepas bertindak terjun dari Jambatan Muara Sungai Duyong di sini, dipercayai gara-gara tertekan untuk membayar hutang rakannya, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mayat mangsa yang berusia 62 tahun ditemukan tiga jam kemudian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, maklumat awal telah diterima daripada orang awam pada pukul 5.55 petang yang terlihat mangsa bertindak terjun dari jambatan berkenaan.

Katanya, sepasukan polis telah ke lokasi dan mendapati, terdapat sebuah motosikal dipercayai milik mangsa ditinggalkan berhampiran jambatan.

“Mangsa dipercayai telah terjun dari jambatan dan pasukan PPDA telah melakukan operasi pencarian bermula pukul 6.35 petang di lokasi saksi terlihat mangsa tenggelam sejauh 100 meter radius.

“Pada pukul 8.43 malam, pasukan PPDA kemudian menemui satu mayat lelaki berpakaian biru dan seluar pendek dalam keadaan tertiarap lebih kurang 40 hingga 50 meter dari tempat mangsa ditemui lemas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.



Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, kematian telah disahkan pegawai perubatan Hospital Melaka dan pengecaman mayat telah dibuat oleh anak mangsa di lokasi.

“Hasil awal soal siasat dengan anak si mati, difahamkan mangsa tertekan dengan masalah kewangan dihadapinya membabitkan hutang dengan rakan-rakan.

“Mangsa sebelum ini bekerja sebagai tukang masak,” jelasnya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Utusan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker