Laporan audit: Membimbangkan, kerajaan bayar hutang dengan berhutang

Laporan audit: Membimbangkan, kerajaan bayar hutang dengan berhutang

Keadaan kerajaan bergantung kepada pinjaman baharu untuk membiayai bayaran balik prinsipal pinjaman yang matang disifatkan sebagai membimbangkan.

Ketua Audit Negara, Nik Azman Nik Abdul Majid, berkata walaupun sijil Ketua Audit Negara bagi 2020 telah dikeluarkan dengan status sijil bersih tanpa teguran, namun beberapa penegasan perkara telah diberikan termasuk isu hutang persekutuan.



“Separuh daripada hutang baharu digunakan untuk membayar hutang yang telah matang, sepatutnya ia dibayar dengan lebihan hasil yang ada.

“Namun kita faham, pada 2020 negara menghadapi ancaman Covid-19 dan kerajaan terpaksa mengambil langkah membantu sistem kesihatan dan rakyat untuk menangani Covid-19,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan serta Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan Tahun 2020 yang dibentang di Dewan Rakyat.

Berdasarkan laporan itu, didapati sejumlah RM98.058 bilion atau 50.4% daripada keseluruhan RM194.555 bilion pinjaman baharu kerajaan digunakan untuk tujuan membayar balik prinsipal hutang bagi 2020.



Jumlah itu meningkat sebanyak RM15.335 bilion berbanding RM82.723 bilion pada 2019.

Justeru Nik Azman berkata, pihaknya mengesyorkan perbelanjaan berhemah dan memastikan semua perbelanjaan pembangunan yang dibiayai dengan pinjaman perlu disempurnakan mengikut masa ditetapkan dengan kos yang munasabah tanpa ketirisan dan pembaziran.

Selain itu, isu yang turut diberi perhatian ialah Kumpulan Wang Pembangunan tahun 2020 yang tidak digunakan sepenuhnya untuk tujuan pembangunan.

“Kita dapati RM2.6 bilion digunakan untuk membiayai perbelanjaan penyelenggaraan yang biasanya dibiayai daripada perbelanjaan mengurus.



“Duit pembangunan ini bersumber kebanyakannya daripada pinjaman sebaiknya digunakan untuk menjana pendapatan untuk masa depan.

“Kebanyakannya walaupun dibenarkan dalam akta di bawah Kumpulan Wang Pembangunan tetapi dari segi kesan ekonomi kita rasa tidak begitu sesuai, kita harap kerajaan melihat kepada perkara ini,” katanya.

Beliau juga berharap nisbah defisit yang meningkat 6.2% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan bersifat sementara sahaja memandangkan situasi Covid-19 negara dan kerajaan diyakini sedang mengambil langkah-langkah perlu apabila pandemik reda kelak. FMT

Laporan audit: Membimbangkan, kerajaan bayar hutang dengan berhutang




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker