Kerajaan mohon lucut wang lebih setengah juta milik Alvin Goh, isteri Ady Kanna

Sebaran :

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia memohon untuk melucutkan hak wang dalam akaun peribadi ahli perniagaan, Alvin Goh, isteri ‘Datuk’ Ady Kanna dan tiga syarikat mereka berjumlah RM517,113.33 selepas disyaki terlibat dalam aktiviti haram.

Permohonan itu difailkan pada 29 September lalu melalui beberapa notis usul dengan menamakan Alvin atau nama sebenarnya, Goh Leong Yeong, 33, dan syarikat miliknya, Malaysia House of Internet Sdn. Bhd. dan Networld Computer (KL) Sdn. Bhd. sebagai responden.

Turut dinamakan sebagai responden ialah isteri Addy Kanna, ‘Datin’ Alyaa Suhaila Mohamad Shariff, 34, dan syarikat Nine Nine International Sdn. Bhd. Addy Kanna atau nama sebenarnya, Zaidi Kanapiah, 33, dan Alyaa merupakan pengarah syarikat Nine Nine.

Berdasarkan dokumen, antara alasan permohonan itu adalah wang-wang tersebut merupakan hasil aktiviti aktiviti haram iaitu sindiket pusat operasi perdagangan kripto tanpa lesen dan judi online yang  merupakan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.



Terdahulu, semasa prosiding di Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan hari ini, kerajaan selaku pemohon diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib manakala Alvin, Alyah dan syarikat mereka diwakili peguam Lim Jin Wen dan Effa Azuin Aidrul Hisham.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 23 Disember ini untuk pengurusan kes berhubung status pengeluaran notis warta kepada pihak ketiga.

Pewartaan notis itu bagi membolehkan pihak berkepentingan terbabit untuk tampil ke mahkamah pada hari yang akan ditetapkan kemudian bagi memberikan alasan mengapa harta berkenaan tidak sepatutnya dilucut hak oleh kerajaan.

Menerusi notis usul tersebut, kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara (AGC) memohon untuk melucutkan wang daripada tiga akaun peribadi Alvin berjumlah RM60, 232.01 dan dari akaun-akaun syarikat miliknya, Malaysia House of Internet (RM10,588.94) dan Networld Computer (RM16,721.75).



Turut dimohon untuk dilucutkan hak ialah wang daripada lima akaun peribadi Alyaa berjumlah RM353,723.81 dan daripada akaun syarikat Nine Nine yang mana sebanyak RM75,846.82.

Kesemua akaun-akaun itu dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara Disember tahun lalu dan Januari lalu.

Pada 12 April lalu, Alvin dan adiknya, Goh Yeong Hui yang merupakan Pengarah Malaysia House of Internet didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM2.14 juta.

Pada 27 April lalu, Mahkamah Persekutuan membebaskan Addy Kanna dan dua anggota polis yang sebelum itu ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.



Penahanan mereka dikaitkan dengan sindiket perjudian online.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pertama kali dalam sejarah ahli Parlimen pakai baju batik di Dewan Rakyat


Sebaran :

Leave a Reply