Pertama kali dalam sejarah ahli Parlimen pakai baju batik di Dewan Rakyat

Sebaran :

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa segak mengenakan kemeja batik pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

 

KUALA LUMPUR: Buat kali pertama dalam sejarah, ahli Parlimen memakai baju batik ke Dewan Rakyat hari ini bagi menyemarakkan perkembangan dan pembangunan industri batik negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri mengucapkan tahniah atas sokongan yang diberikan terhadap usaha itu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli Parlimen yang anggun dan segak mengenakan baju batik Malaysia masing-masing pada hari ini.

“Bagi meraikan hari bersejarah, hari pertama pemakaian batik di Dewan Rakyat, semua Keluarga Malaysia akan mendapat rebat tunai RM30 pada setiap pembelian RM100 yang kita tawarkan ke atas mana-mana produk Kraf Malaysia yang dijual.



“Ini membantu batik kita dan kedai di Parlimen dan mana-mana cawangan di Kraftangan Malaysia, anda dapat rebat RM30 pada setiap RM100 nilainya,” katanya.

Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan cadangan membenarkan ahli Parlimen memakai baju batik lengan panjang pada setiap Khamis ketika tempoh persidangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, cadangan itu diterima sebulat suara dalam Jawatankuasa Khas Dewan Rakyat.

Katanya, pemakaian baju batik itu bagaimanapun bukan mandatori, sebaliknya secara sukarela.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU,NET


Idris dipermain DAP untuk jadi KM Melaka


Sebaran :

Leave a Reply