Maki kakitangan JPS, CUEPACS desak Ganabatirau mohon maaf
Maki kakitangan JPS, CUEPACS desak Ganabatirau mohon maaf
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyelar tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V. Ganabatirau yang memaki hamun kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam satu insiden baru-baru ini.
Sambil menyatakan rasa terkilan dengan perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP- Kota Kemuning itu, Presiden CUEPACS, Adnan Mat mendesak pemimpin berkenaan segera memohon maaf secara terbuka di atas perbuatannya yang tidak beretika itu.
Menurut Adnan, CUEPACS menganggap tindakan Ganabatirau yang mengeluarkan kata-kata kesat dengan suara yang tinggi itu sangat keterlaluan, seolah-olah merendahkan penjawat awam yang sedang bertugas.
“Tambahan pula penjawat awam yang terbabit dalam kejadian itu tidak diberi peluang untuk menjelaskan permasalahan yang berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini.
Tambah Adnan, sebagai anggota pentadbiran yang turut bersama terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri, Ganabatirau sewajarnya menyelesaikan permasalahan yang timbul menerusi rundingan secara terus dengan JPS Negeri Selangor.
Bahkan, tindakan Ganabatirau menularkan video tersebut seolah-olah mahu menunjukkan diri beliau sebagai seorang ‘hero’ dengan meletakkan semua kesalahan kepada penjawat awam tanpa memberi peluang sebarang penjelasan diberikan oleh kakitangan JPS yang terlibat.
Menurut Adnan, ADUN Kota Kemuning itu sewajarnya menggunakan saluran yang betul dalam menyuarakan pandangan atau masalah dan bukannya membuat serangan secara terbuka di lapangan dan media sosial.
“CUEPACS percaya ADUN Kota Kemuning itu mempunyai akses untuk bertemu dengan JPS Negeri serta exco negeri lain yang bertanggungjawab dalam permasalahan tersebut.
“Justeru itu, CUEPACS mendesak ADUN Kota Kemuning itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua penjawat awam terutama kakitangan JPS yang terlibat,” tegasnya.
Malah, CUEPACS juga mahu Menteri Besar Selangor untuk campur tangan dalam perkara ini supaya tindakan yang sama tidak berulang pada masa akan datang.
Adnan menyifatkan tidak wajar anggota pentadbiran kerajaan negeri bertindak menyerang penjawat awam kerana ia ibarat menuding jari untuk meletakkan kesalahan pada orang lain, tetapi sebenarnya masalah itu turut melibatkan diri mereka sendiri.
Ulas beliau lagi, seharusnya penjawat awam dan anggota pentadbiran kerajaan negeri bekerjasama dengan baik bagi menyelesaikan permasalahan rakyat dan bukannya bertindak menyalahkan satu sama lain.
“Sebagai kakitangan awam, setiap penjawat awam telah diberi latihan yang mencukupi untuk berhadapan apa jua keadaan serta memiliki tahap profesionalisma yang tinggi.
“Kakitangan awam juga sentiasa mematuhi arahan Kerajaan walau parti mana memerintah kerana keutamaan kakitangan awam adalah melaksanakan tugas sebaik mungkin demi kebaikan rakyat dan negara.
“Justeru, CUEPACS menyeru agar mana-mana pihak tidak lagi menghina dan memperkecilkan peranan penjawat awam,” tegas beliau. MG
Maki kakitangan JPS, CUEPACS desak Ganabatirau mohon maaf
Baca Artikel Menarik :
- Gerabak LRT terabai di Ulu Yam?
- 4 Adun melompat kata banyak ‘tawaran’, esok akan buat keputusan
- Pasport Shafee dikembalikan oleh mahkamah
- Sajat dakwa Arab Saudi bagi dia buat umrah sebagai wanita
- Aktivis ‘panas’ ditahan tentera
- Saya jadi kambing hitam, bahan politik dan agama di Malaysia – Sajat
- Ular sawa 50kg sembunyi di siling tandas rumah keluarga Zoey Rahman
- ‘Love You Bro’ Air Mata Awie, Pekin Gugur Kenang Allahyarham Mamat Khalid
- Najib bidas Mahathir fitnah Sultan Johor
- Guan Eng jangan biadap – Shahril
- Joget ‘goyang pargoy’ cemar sambutan Maulidur Rasul [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
Saya yang sokong kerajaan pun tak boleh terima – Ahmad Maslan
You must be logged in to post a comment.