Anwar kemuka usul bahas isu Petronas jual aset gas hampir RM10 bilion
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengemukakan usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Harun bagi membahaskan laporan bahawa Petronas telah menjual aset gas di Azerbaijan dengan nilai hampir RM10 bilion.
Berdasarkan salinan surat yang dihantar kepada Speaker, Anwar yang juga ahli parlimen Port Dickson mengemukakan usul itu di bawah peraturan mesyuarat 18 (1) dan 18 (2).
“Saya telah mengemukakan suatu usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan 18 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti berikut:
“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini merundingkan laporan bahawa Petronas telah menjual aset gas di Azerbaijan dengan harga hampir RM10 bilion berikutan desakan kerajaan menaikkan bayaran dividen Petronas sebanyak RM25 bilion kepada kerajaan bagi tahun 2021,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Anwar, Petronas sebelum ini mengalami defisit berikutan pembayaran dividen berlebihan sejak 2018 yang memaksa syarikat petroleum negara itu menjual aset atau meminjam lebih banyak dana luar negara bagi menampung aliran tunai.
Justeru, katanya, perkara itu harus segera dibahaskan di parlimen.
“Ini adalah perkara mendesak yang perlu perhatian dan perbahasan terperinci serta menyeluruh di Dewan Rakyat.
“Saya berharap usul ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat,” katanya.
Sebelum ini Petronas diapor menjual keseluruhan 15.5 peratus kepentingannya dalam projek gas asli Shah Deniz di sektor Azerbaijan di Laut Kaspia kepada syarikat minyak dan gas Rusia LUKOIL dengan harga RM9.41 bilion (AS$ 2.25 bilion).
LUKOIL dalam satu kenyataan berkata penyelesaian transaksi itu bergantung pada penentuan syarat-syarat sebelumnya, termasuk persetujuan oleh SOCAR, syarikat minyak negara Azerbaijan.
Menurut laporan Theedgemarkets, ekuiti LUKOIL dalam projek tersebut akan meningkat daripada 10 peratus kepada 25.5 peratus setelah selesai penjualan.
Anwar kemuka usul bahas isu Petronas jual aset gas hampir RM10 bilion
Baca Artikel Menarik :
- Gerabak LRT terabai di Ulu Yam?
- 4 Adun melompat kata banyak ‘tawaran’, esok akan buat keputusan
- Pasport Shafee dikembalikan oleh mahkamah
- Sajat dakwa Arab Saudi bagi dia buat umrah sebagai wanita
- Aktivis ‘panas’ ditahan tentera
- Saya jadi kambing hitam, bahan politik dan agama di Malaysia – Sajat
- Ular sawa 50kg sembunyi di siling tandas rumah keluarga Zoey Rahman
- ‘Love You Bro’ Air Mata Awie, Pekin Gugur Kenang Allahyarham Mamat Khalid
- Najib bidas Mahathir fitnah Sultan Johor
- Guan Eng jangan biadap – Shahril
- Joget ‘goyang pargoy’ cemar sambutan Maulidur Rasul [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
PRN Melaka: PAS, Bersatu tak setuju dengan tawaran UMNO – Nazri