Lelaki mati ditetak rakan gara-gara telefon bimbit

Lelaki mati ditetak rakan gara-gara telefon bimbit

BUTTERWORTH: ‘Senjata makan tuan’. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki selepas parang yang digunakannya untuk menetak rakan serumahnya ‘memakan diri’ apabila dia sendiri menjadi mangsa tetakan tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Jalan Pak Abu, Kampung Telaga Air di sini kira-kira pukul 7.35 malam tadi.

Terdahulu, katanya, dua saksi yang ditemu bual termasuk adik tiri suspek memberitahu, berlaku satu pertengkaran mulut antara suspek dengan mangsa yang berusia 30 tahun itu sebelum kejadian.

Menurut beliau, mangsa dikatakan telah menuduh suspek mencuri telefon bimbit milik seorang lelaki lain sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

“Suspek cuba memukul mangsa dengan buah kelapa di bahagian kepala sebelum mangsa terus berlari keluar rumah dan datang semula dengan sebilah parang untuk menetak suspek.

“Bagaimanapun, suspek berjaya merampas parang daripada tangan mangsa hingga menyebabkannya terjatuh. Kemudian, suspek dikatakan terus menetak mangsa dan tetakan itu mengenai tangan kiri mangsa,” katanya di sini hari ini.

Jelas Noorzainy, akibat kejadian itu, mangsa yang turut mengalami kecederaan parah di bahagian betis dan jari meninggal dunia pukul 9.17 malam ketika sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Katanya, susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai suspek berjaya ditahan kira-kira pukul 9 pagi tadi di sekitar kawasan Mak Mandin di sini untuk membantu siasatan.

“Hasil ujian saringan awal darah mendapati mangsa yang mempunyai 15 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah disahkan positif beberapa jenis dadah termasuk amphetamine dan sebagainya.

“Pada masa sama, suspek yang mempunyai 22 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah juga disahkan positif dadah hasil ujian saringan yang dijalankan,” katanya yang memberitahu, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ujar Noorzainy, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan polis kini sedang mengesan senjata yang digunakan oleh suspek dalam kejadian berkenaan. Utusan

Lelaki mati ditetak rakan gara-gara telefon bimbit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker