2 Superman LEKAS ditahan

2 Superman LEKAS ditahan

Dua lelaki dipercayai menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS) seperti yang tular di media sosial semalam, ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Mohd Said Ibrahim, berkata, kedua-dua lelaki berusia 16 dan 20 tahun itu ditahan hari ini di dua lokasi berasingan di Taman Matahari Indah dan Taman Bandar Senawang, Seremban.

“Bertindak atas maklumat, polis menjalankan risikan lalu berjaya mengesan dan menahan kedua-dua suspek. Berdasarkan rakaman yang diambil, kejadian dipercayai berlaku sekitar 5.30 petang pada hari sama (semalam) di LEKAS menghampiri susur persimpangan Ampangan,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Said berkata, ketika kejadian suspek dari arah Bukit Berembun, Jalan Pantai menghala ke Senawang.

“Kedua-dua suspek serta dua motosikal ditahan di IPD Seremban untuk tindakan lanjut,” katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, tular video berdurasi 12 saat memaparkan motosikal ditunggang dua lelaki membuat aksi berbahaya dengan menunggang berbaring ala “Superman” dan secara zig-zag yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain. FMT

2 Superman LEKAS ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker