Guru diikat kaki, tangan disamun RM70,000

Guru diikat kaki, tangan disamun RM70,000

Polis berjaya menahan empat lelaki yang terlibat dalam satu kejadian pecah rumah di Kangkar Pulai, Skudai di sini melibatkan kerugian berjumlah RM70,000 pada 9 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua suspek itu ditahan dalam dua serbuan berasingan, kelmarin.

Menurutnya, suspek yang ditahan merupakan warga tempatan dan berusia antara 23 hingga 36 tahun.

“Pada 9 Oktober lalu, polis menerima aduan seorang guru wanita berusia 30-an memaklumkan kediamannya dipecah masuk empat lelaki ketika sedang tidur pada pukul 2.41 pagi.

“Suspek yang bersenjatakan parang telah mengikat kaki dan tangan mangsa menggunakan sarung bantal sebelum melarikan barangan berharga daripada kediaman berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menjejak empat suspek dalam dua serbuan berasingan masing-masing di Taman Mutiara Mas dan Taman Universiti,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Tambah Dzulkhairi, tiga daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau dengan seorang daripada mereka mempunyai 24 rekod melibatkan kes jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Jelasnya, pihaknya masih berusaha untuk mengesan seorang lagi rakan suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan. K Online

Guru diikat kaki, tangan disamun RM70,000


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker