Bertuah Lelaki Ini Jual Balik Gelang Emas Tahun 1980 Harga RM 662 Dapat Balik RM 5,800! [VIDEO]

Bertuah Lelaki Ini Jual Balik Gelang Emas Tahun 1980 Harga RM 662 Dapat Balik RM 5,800! [VIDEO]

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Bila bercakap tentang tuah sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang mengatakan ini adalah rezeki. Ternyata, rezeki yang tidak disangka ini juga akan mengubah hidup sesiapa sahaja tidak kira rezeki dalam bentuk apa jua sekalipun.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini apabila dia mendapat pulangan keuntungan emas tiga kali ganda berbanding harga asal.

Seperti video yang tular di Indonesia baru-baru ini, pengguna TikTok mendedahkan bahawa seorang lelaki telah mendapat keuntungan durian runtuh hasil daripada menjual gelang emas yang dibelinya pada tahun 1980.

Difahamkan, gelang emas itu bernilai Rp 70 ribu (RM20.60) per gram dan dibeli dengan harga Rp 2,250 bersamaan RM662 sahaja.
Kini, apabila dijual semula di kedai, harganya melonjak tinggi iaitu sebanyak Rp 20 juta bersamaan RM5,884!. Video itu telah ditonton lebih dari 2.2 juta kali dan mendapat pelbagai respon dari netizen.

VIDEO DIBAWAH:-

[videopress 80wucqo2]

Ada netizen yang mengatakan bahawa harga emas itu sebenarnya bergantung kepada harga pasaran pada saat itu dan jika ingin membeli emas, beli di kedai yang memang sudah terkenal.

Bukan itu sahaja, ada juga ada yang menasihatkan untuk tidak menjual emas terlalu awal. Sebaliknya, tunggu sehingga ia mencapai tempoh selama lebih kurang 10 tahun untuk mendapatkan pulangan yang tinggi.

“Yang bilang beli emas malah rugi bukan naik, ya jelas lah rugi kalian beli baru setahun udah dijual, kalau udah 10 tahun itu baru untung,” kata salah seorang netizen

Menurut Suara.com, naik turun harga emas pada ketika ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti pandemik, inflasi, perubahan suku bunga dan perubahan permintaan dan penawaran.

Sumber: Tiktok @diyah_hasyim

Bertuah Lelaki Ini Jual Balik Gelang Emas Tahun 1980 Harga RM 662 Dapat Balik RM 5,800! [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh

‘Saya dikecam teruk, sering disindir’- Siti Nordiana

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker