Kerana Ingin Tahu Remaja Ini Masuk Jarum Dalam Zakarnya
Kerana Ingin Tahu Remaja Ini Masuk Jarum Dalam Zakarnya
BEIJING – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari wilayah Jiangsu memasukkan jarum jahitan sepanjang 9 sentimeter (sm) ke dalam saluran kencing dan membiarkannya selama dua minggu, lapor laman South China Morning Post semalam.
Dia berbuat demikian kerana didorong oleh perasaan ‘ingin tahu’.
Selepas mengadu organnya itu terasa sakit dan air kencingnya berdarah, ibu dan bapa remaja itu kemudian membawanya ke sebuah hospital di Nanjing.
Selepas melakukan ujian imbasan sinar X, doktor kemudian menemui jarum tersebut di dalam saluran kencingnya. Remaja itu kemudian mengaku sengaja berbuat begitu kerana rasa ingin tahu.
Doktor kemudian mengeluarkan jarum tersebut menerusi satu pembedahan yang memakan masa selama lebih satu jam.
“Remaja itu datang ke sini kerana tidak tahan sakit. Kami kemudian menemui jarum yang sangat panjang di dalam salur kencingnya,” kata doktor yang merawat remaja itu, Guo Yunfei.
Beliau turut menegaskan perlunya pendidikan seksual yang lengkap untuk kanak-kanak dan remaja di China memandangkan kajian menunjukkan bahawa golongan itu mempunyai kefahaman asas yang kurang tentang kesihatan reproduktif dan perkembangan fizikal yang berlaku ketika usia remaja. – AGENSI
Kerana Ingin Tahu Remaja Ini Masuk Jarum Dalam Zakarnya
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.