Kanak-Kanak Diberi Nama ‘ABCDEFG HIJKL ZUZU’ Ketika Permainan Teka Silang Kata

Kanak-Kanak Diberi Nama ‘ABCDEFG HIJKL ZUZU’ Ketika Permainan Teka Silang Kata

JAKARTA – Seorang kanak-kanak di Indonesia menjadi tular di media sosial baru-baru ini kerana memiliki nama ABCDEFG HIJKL ZUZU, lapor laman Tribunnewssemalam.

Menurut bapa kepada kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Zulfahmi, 41, idea untuk menamakan anaknya dengan nama pelik itu muncul ketika dia cuba menyelesaikan permainan teka silang kata pada tahun 2009.

Jelas Zulfahmi, daripada situ, muncul idea untuk menamakan anaknya dengan susunan abjad dengan harapan agar anaknya nanti boleh menjadi seorang ahli linguistik atau mempelajari ilmu mendalam tentang bahasa.

“Terdapat maksud tersirat di sebalik nama itu. Dulu, saya berhasrat untuk mempelajari ilmu bahasa, namun cita-cita tersebut tidak kesampaian,” katanya.

Menurut Zuzu, dia lebih kerap disapa sebagai ‘Adef’ di mana huruf ‘B’ dan ‘C’ daripada namanya itu dibuang.

Zulfahmi mendedahkan bahawa semasa kecil, anaknya itu pernah dijadikan bahan jenaka oleh rakan-rakan  yang menyamakan nama  pelik itu dengan produk yang memiliki abjad ABC di pasaran seperti Kicap ABC.

Kanak-Kanak Diberi Nama ‘ABCDEFG HIJKL ZUZU’ Ketika Permainan Teka Silang Kata

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Miliki Nama Terpanjang Dengan 19 Perkataan Yang Punyai Kaitan Tokoh Dunia Islam

‘Saya dikecam teruk, sering disindir’- Siti Nordiana

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker