Resepi Daging Masak Belacan Lain dari Yang Lain

Resepi Daging Masak Belacan Lain dari Yang Lain

Resepi pada kali ini sedikit berbeza daripada resepi-resepi sebelum ini. Pada kali ini, kita akan bawakan masakan melayu iaitu resepi daging masak belacan.

Kepada yang menggemari belacan pasti akan tertarik dengan lauk ini. Ianya juga sesuai untuk dihidangkan pada bila-bila masa sahaja bersama dengan nasi putih tidak kiralah sarapan, makan tengahari atau pun makan malam.

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resepi daging masak belacan yang telah dikongsikan oleh Zarina Moksin di laman sosial Facebook miliknya.

Bahan – bahan:

Daging (dipotong nipis)
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi
Lada merah
Belacan
Bawang besar (dimayang)

Langkah – langkah memasak:

Rebuskan daging terlebih dahulu. Potong daging nipis nipis.
Tumiskan bawang dan cili padi.
Masukkan belacan yang telah dikisar sehingga halus sehingga naik bau.
Masukkan bawang besar yang telah dimayang.
Masukkan daging dan perisakan bersama garam.

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Resepi Daging Masak Belacan Lain dari Yang Lain


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker