Alec Baldwin tertembak mati kru di set filem ‘Rust’

Alec Baldwin tertembak mati kru di set filem ‘Rust’

MEXICO – Seorang sinematografer terbunuh dan seorang pengarah tercedera apabila pelakon, Alec Baldwin melepaskan tembakan di set filem di New Mexico, kata pihak berkuasa.

Baldwin menembak Halyna Hutchins, pengarah fotografi filem ‘Rust’, dan Joel Souza, pengarah filem itu di Bonanza Creek Ranch, sebuah lokasi produksi di selatan Santa Fe.



Hutchins dibawa menaiki helikopter ke Hospital University of New Mexico dan disahkan meninggal dunia.

Manakala Souza dibawa dengan ambulans ke pusat Perubatan Wilayah Christus St. Vincent bagi merawat kecederaan yang dialami.

Pejabat sheriff berkata, tiada tuduhan setakat ini dan mereka sedang menyiasat perkara tersebut.

Laman berita hiburan, Deadline, memetik sumber di pejabat sheriff menyatakan Baldwin disoal siasat oleh penyiasat dan kemudian dibebaskan. MG



Alec Baldwin tertembak mati kru di set filem ‘Rust’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker