Khairil Nizam dicabar Ahmad Fadhli untuk jawatan Ketua Pemuda PAS

Sebaran :

Khairil Nizam dicabar Ahmad Fadhli untuk jawatan Ketua Pemuda PAS

Jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) menyaksikan dua pencabar yang disahkan layak bertanding merebut jawatan berkenaan pada persidangan perwakilan sayap parti itu bagi sesi 2021-2023.

Dua calon itu ialah Timbalannya, Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Khalil Yahya.

Mereka akan bertanding melawan penyandangnya, Senator Khairil Nizam Khiruddin yang disebut-sebut sebagai bakal calon Pas bagi kerusi Parlimen Temerloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).



Menurut sumber, sebanyak 110 daripada 185 borang pencalonan yang diterima memenuhi kreteria untuk bertanding bagi semua jawatan daripada Pengerusi Tetap hingga Ahli Jawatankuasa DPPP dan Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP).

Bagi DPPP, jumlah borang pencalonan diterima ialah 111 daripada 185 kawasan dengan satu borang percalonan ditolak.

Berikut senarai pencalonan pencabar dan penyandang bagi DPPP untuk sesi 2021-2023.

Pengerusi Tetap menyaksikan penyandang, Kamal Shaari yang menang tanpa bertanding pada sesi 2017-2019 dicabar Timbalannya, Riduan Mohd Noor.



Manakala, Riduan dicabar Ketua Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu, Nor Azariza Mohd Alawi.

Bagi jawatan Timbalan Ketua DPPP, Ahmad Fadhli selaku penyandang akan dicabar Naib Ketua Pemuda Pas Pusat yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi Taib Azamuddin dan bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Farkhan Md. Zain.

Ini diikuti perebutan jawatan Naib Ketua yang menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Ketua Pemuda Pas Selangor, Hanapi Zulkafli dengan Exco Dewan Pemuda Pas Pusat, Mohd Hafez Sabri; Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman dan Ketua pemuda Pas Kawasan Bagan, Zuzalee Ariffin.

Seramai 34 pencalonan diterima dan disahkan untuk perebutan jawatan Ahli Jawatankuasa.



Calon berkenaan ialah Abdul Malik Abd Razak, Abdul Muiz Muhammad, Adlan Mukhtaruddin, Ahmad Bilal Rahudin, Ahmad Nawfal Mahfodz, Akram Ikrami Taib Azamudden, Azlan Alias, Fairuz Azmi dan Hanapi Zulkapli, Hanif Haron, Khairul Azmi Fahmi Jamil, Khairul Nazir Helmi Azhar, Marwan Shukrimun dan Mohamad Omar Adam.

Turut dicalonkan ialah Mohamad Zikrullah Ismail, Mohammad Arifiriazul Paijo, Mohd Afiq Awang Bakar, Mohd Aizat Zakaria, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli, Mohd Faizzudin Mohd Zai, Mohd Hafez Sabri, Mohd Haikal Abdul Mutalib, Mohd Huwaid Soleh, Mohd Labib Abd. Jalil, Mohd Razali Saari dan Mohd Saifuddin Hassan.

Calon lain ialah Mohd Syahir Che Sulaiman, Muhamad Afiq Farhan Mazlan,Muhammad Abdul Malik Abdul Karim, Muhammad Hamdi Harun, Muhammad Hilmi Ismail, Muhd Khidhir Izaidin, Nurul Amin Hamid dan Wan Abu Bakar Wan Mahussin. MG

Khairil Nizam dicabar Ahmad Fadhli untuk jawatan Ketua Pemuda PAS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat


Sebaran :

Leave a Reply