Lelaki ditahan bakar bangunan Parlimen

Lelaki ditahan bakar bangunan Parlimen

Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menyebabkan kebakaran besar di bangunan Parlimen Afrika Selatan di bandar Cape Town.

Lapor BBC, jurucakap polis berkata, suspek tersebut menghadapi tuduhan membakar, memecah bangunan dan mencuri serta akan dihadapkan di mahkamah.

Menurut Brigadier Nomthandazo Mbambo, suspek juga akan didakwa di bawah Akta Utama Negara yang bertujuan melindungi kawasan mempunyai kepentingan strategik.

Setakat ini, butiran terperinci mengenai maklumat tersebut tidak didedahkan.

Sementara itu, pasukan bomba dilaporkan bertungkus lumus selama beberapa jam untuk mema damkan kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar bangunan Parlimen tersebut.

Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa menyifatkan kebakaran itu sebagai insiden yang amat teruk dan dahsyat.

Rakaman di lokasi kejadian menunjukkan kepulan asap hitam memenuhi ruang udara dengan api besar marak dari bumbung bangunan.

Pihak berkuasa berkata, kebakaran bermula di pejabat tingkat tiga dan merebak dengan cepat ke bahagian dewan di Dewan Rakyat.

Ketika kejadian, Parlimen tidak bersidang disebabkan cuti dan tiada kecederaan dilaporkan. Utusan

Lelaki ditahan bakar bangunan Parlimen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain

Janggut suami Heliza jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker